KOTA
BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati
dengan lehernya terkulai dipercayai disembelih oleh bapanya sendiri,
dalam kejadian di Kampung Sungai Keladi,
Sebelum
kejadian, mangsa, Mohamad Adam Mus-zahffar, dikatakan mengikut bapanya
itu, Muhaimin Sauntar, 33, ke dapur rumahnya, sebelum disembelih
menggunakan sebilah pisau.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim,
berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, ketika
mangsa berada di rumah bersama ibu bapa serta seorang adiknya berusia
dua tahun.
Beliau
berkata, daripada maklumat yang diterima, suspek pernah menjalani
rawatan mental sebelum ini, dipercayai bertindak menyembelih anak kedua
daripada tiga beradik itu tanpa diketahui motifnya.
Katanya,
mangsa yang cedera parah pada leher dipercayai meninggal dunia di
tempat kejadian dan suspek turut mencederakan lehernya menggunakan
senjata yang sama.
Setakat
ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini diklasifikasikan
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
SUSPEK (gambar kecil) dipercayai mencederakan diri selepas menyembelih anaknya ditahan polis. |
Mayat
mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk
dibedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Mazlan
berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menahan seorang suspek berusia
33 tahun dan menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam
pembunuhan itu.
Sementara
itu, ibu mangsa, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata sebelum kejadian,
beliau sempat berbual dengan suaminya di ruang tamu rumah mereka,
sebelum suaminya mengadu berasa panas, lalu menuju ke dapur rumah.
Katanya, pada masa yang sama, mangsa yang amat manja serta rapat dengan suaminya, bertindak mengekori ayahnya ke dapur.
Beberapa
minit kemudian saya terdengar bunyi jeritan anak kami, lalu bergegas ke
dapur sebelum melihat suami sedang menyem-belih mangsa menggunakan
sebilah pisau.
Terkejut
dengan tindakan suami itu, saya kemudiannya menjerit minta tolong,
sebelum melihat suami kemudiannya bertindak mencederakan lehernya
sendiri dengan pisau yang masih ada di tangannya, katanya.
Nik
Suzila berkata, beliau bersyukur dua lagi anaknya iaitu Nur Syafikah,
8, tidak cedera kerana berada di sekolah manakala yang bongsu, Siti
Aishah, 2, berada bersamanya di rumah ketika kejadian berlaku.
0 comments:
Post a Comment