Lelaki
yang dikenali dengan nama keluarga, He yang berusia 29 tahun itu mula
memaksa teman wanitanya yang di kenali sebagai Xiao Tian memakai cawat
besi berkunci itu Ogos lalu apabila dia mengesyaki teman wanitanya
berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
Dia kemudiannya menyerang Xiao Tian dan mengunci wanita itu di dalam bilik tidur.
Pada
keesokan harinya, dia membeli cawat besi berkunci itu menerusi internet
dan mengarahkan teman wanitanya yang berumur 21 tahun memakainya ketika
pergi bekerja setiap hari.
Setiap
malam apabila Xiao Tian pulang dari bekerja, dia akan memeriksa cawat
besi berkunci itu dengan teliti untuk memastikan ia tidak dibuka
sepanjang ketiadaannya. Dia amat marah apabila menemui tanda-tanda kunci
pada cawat itu telah diumpil dan dibuka menyebabkan dia hilang kawalan
dan mula menyerang gadis itu.
Dia
mengikat tangan dan kaki Xiao Tian dan mengurung wanita itu dalam
tempoh yang agak lama sehingga menyebabkan wanita itu hampir mengalami
tekanan mental dalam tempoh dia dikurung.
Pada
23 Ogos, Xiao Tian berjaya melonggarkan tali yang digunakan untuk
mengikat tangannya. Beliau menulis nota yang berbunyi “tolong saya” dan
mencampakkannya keluar dari tingkap. Ada orang yang berjaya menemui nota
itu dan membuat laporan polis. Polis menyerbu rumah He untuk
menyelamatkan Xiao Tian dan menahan lelaki itu serta-merta.
Dia
disabitkan kesalahan menyekat kebebasan teman wanita yang menyalahi
undang-undang dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah
Daerah Rakyat Qingyang di Chengdu baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment