Thursday 9 January 2014

Remaja Lelaki Simbah Air Panas Kerana 'Un-Friend' Di facebook


Jangan sesekali anda lakukan perkara sebegini pembaca Wanista. Kejadian yang berlaku di India ini sememangnya sangat mengerikan, remaja lelaki bertindak menyimbah air panas mendidih ke wajah seorang remaja perempuan hanya kerana ‘un-friend’ di Facebook. 

Dua remaja ini sudah setahun berkawan di Facebook tetapi kebelakangan ini lelaki sering berkongsi dan menulis hal yang tidak baik mengenai si perempuan sehingga perempuan tersebut memutuskan untuk tidak berkawan(un-friend) dengan lelaki itu di Facebook. Kerana geram dengan tindakan perempuan itu, si lelaki datang ke rumah perempuan, menguncikan perempuan dan ibunya dalam rumah. Kemudian, si lelaki menjerang air panas, sejurus itu terus menyimbah air panas mendidih ke muka perempuan. 

Lelaki itu terus cabut lari selepas menyimbah muka perempuan itu dan kini sedang dirawat di hospital. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook