Seorang wanita mengaku, dia memerlukan 36 liter darah babi setiap minggu untuk memuaskan dirinya yang sentiasa dahagakan darah.
Dikenali hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu, dia meminum darah – termasuk darah manusia – setiap minggu dan jumlah itu jika dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi.
“Saya ketagih darah sama seperti seseorang perokok ketagih rokok.
“Darah itu diminum ketika saya membaca, berehat atau melukis,” katanya.
Bekerja sebagai pelukis tatu, Michelle, 29, berkata kadang-kadang darah itu dicampur dengan sup atau ditumis.
“Jika saya meminum Bloody Mary (sejenis minuman bercampur darah), hakikatnya saya minum darah sebenar,” katanya.
Michelle berkata, dia lebih gemar meminum darah babi berbanding lembu kerana rasanya yang keras serta lebih masin.
Pada masa sama, kata Michelle, dia mencuba darah manusia – sama ada lelaki atau wanita.
“Darah lelaki berbeza daripada darah wanita,” katanya. Walaupun ketagih, Michelle tidak menganggap dirinya sebagai ‘pontianak’ sebaliknya manusia biasa yang sangat menikmati kesedapan darah.
Katanya, dia menghisap darah terus dari tangan kawan lelakinya, Johnny, seminggu sekali.
Setiap hisapan, katanya, boleh berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.
Kata Michelle, dia juga pernah menghisap darah daripada orang lain sebelum ini.
“Ia tidak membahayakan sesiapa kerana hanya orang yang rapat dengan saya diambil darahnya.
“Setiap daripada mereka juga disahkan bebas daripada sebarang penyakit, termasuk HIV,” katanya. Ketagihan kepada darah itu bermula sejak Michelle di usia remaja lagi.
Katanya, jika tertekan, dia menoreh tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir. Sejak itu, kata Michelle, dia sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.
Ibunya juga diberi tahu mengenai tabiat aneh itu.
“Ibu saya menangis sebaik saja saya memberitahunya dan menganggap saya pelik,” katanya.
0 comments:
Post a Comment