Seorang
ibu menyaman restoran makanan segera McDonald’s selepas anak lelakinya
yang berusia dua tahun memakan kondom yang sudah digunakan yang ditemui
di kawasan permainan kanak-kanak restoran terbabit.
Anishi
Spencer memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak AS$50,000 (RM150,000).
Anishi mendakwa dia mengunjungi cawangan restoran itu di Chicago dengan
anak lelakinya, Jonathan, tiga, dan Jacquel, dua, pada 4 Februari tahun
lalu apabila kanak-kanak itu menemui kondom terpakai di lantai ruang
permainan restoran berkenaan di Kezie Avenue.
Dia
berkata, anak lelakinya Jacquel kemudian memuntahkan kondom itu dan
kedua-dua mereka terpaksa dirawat di hospital. Dalam kes saman itu,
Anishi menuduh McDonald’s Corporation di Illinois gagal membersihkan
‘bahan berbahaya’ di kawasan permainan kanak-kanak, lapor akhbar Chicago
Sun Times. Ia juga mendakwa rangkaian restoran itu tidak menggunakan
alat pengawasan untuk mengesan kegiatan ‘kurang sopan’ di kawasan
sekelilingnya.
Seorang
jurucakap McDonald’s berkata: “Menyediakan persekitaran yang selamat
dan bersih menjadi keutamaan kami. Restoran di Kezie Avenue juga tidak
terkecuali.
“Kami
memandang serius hal ini dan mula menyiasat semua dakwaan dikemukakan
untuk mengumpulkan bukti. Menurut jurucakap itu, ketika saman itu
difailkan, syarikat itu belum menyelesaikan siasatan mereka.
Dia
juga berkata, syarikat itu sukar untuk menjalankan siasatan kerana
Anishi tidak menyerahkan kondom yang didakwanya ditemui di perkarangan
restoran berkenaan.
“Ini
hanya dakwaan dan kami meminta orang ramai agar tidak membuat
kesimpulan tanpa fakta yang kukuh,” kata jurucakap itu. – HMetro
0 comments:
Post a Comment