Monday 10 February 2014

Roh Hantu Noritta Ganggu Penduduk Sekitar Jejawi, Perlis



Siapa masih ingat kes pembunuhan seorang paragawati terkenal, Noritta Samsuddin di sebuah kondominium mewah di kuala lumpur?

Meskipun kejadian itu sudah 10 tahun berlalu namun masih terus diingati orang ramai sehingga hari ini. Menurut cerita penduduk kampung, roh hantu Noritta yang mati dibunuh di atas katilnya pada bulan Disember 2003 didakwa berkeliaran di tanah perkuburan jejawi, perlis.

Akibatnya ramai peniaga takut untuk berniaga hingga lewat malam, manakala pekerja-pekerja kilang takut untuk pergi kerja atau pulang dari kerja pada lewat malam atau lewat pagi. Ini disebabkan mereka akan terserampak dengan hantu Noritta samada di perhentian bas atau tempat menunggu van kilang mereka.

Lagi menarik, gerai burger juga hanya berniaga siang kerana takut hantu tersebut ingin membeli burger. Difahamkan, kuku Norita dicabut semasa jenazah dimandikan dan ini menyebabkan hantu berkenaan mencari kukunya di waktu malam.

Selain itu, ada pendapat mengatakan Noritta memakai susuk hingga menyebabkan rohnya tidak tenteram dan keluar di waktu malam. Penduduk telah meminta kebenaran dari pihak polis untuk menggorek kubur mangsa bagi membuang susuk yang dipakainya.

Sewaktu menggali kubur itu pula timbul cerita lain yang mendakwa roh hantu Noritta pandai membuat panggilan telefon. Macam-macam versi cerita yang didengar namun semuanya hanya khabar angin yang seperti sengaja direka untuk menakutkan orang.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook