Thursday 6 February 2014

Zizan Razak Tinggal Serumah Dengan Emma Maembong?



Baru sahaja rasanya habis khabar angin yang mengatakan Zizan Razak & Emma Maembong sakan bercumbuan dalam penerbangan ke Amerika Syarikat beberapa minggu lalu, timbul pula khabar angin baru yang kurang enak.
Murai awal hari ini menyiarkan e-mail peminat yang mendakwa ada seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada laporan itu, ramai yang mula berandaian & percaya pasangan terbabit adalah Zizan Razak & Emma Maembong.

Zizan Razak yang dihubungi portal GUA pula melahirkan rasa hairan bagaimana khabar angin ini boleh dikaitkan dengan dirinya serta tidak tahu komen bagaimana harus diberikan.
“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”
“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” ujarnya.

CP: Rotikaya.com
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook