"Buat masa sekarang saya tak bersedia lagi nak bercakap tentang hubungan kami," demikian kata pelakon Fasha Sandha belum bersedia untuk memberi komen mengenai hubungannya dengan aktor Aidil Aziz.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 34, diminta mengulas mengenai persoalan mengenai video dirinya berpelukan 'mesra' dengan Aidil yang tersebar baru-baru ini.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ketika ditemui pada malam gala filem 'Blok 404' itu berkata hubungannya dengan Aidil pada peringkat kawan baik.
Dalam pada itu, Fasha mengakui dirinya masih 'single not available' dan pelakon itu adalah kawan lelaki yang rapat dengannya.
"Memang dia adalah kawan lelaki yang rapat dengan saya. Itu sahaja yang boleh saya komen dan beritahu. Sekarang ini saya masih single but not available," ujarnya.
Gosip kononnya Aidil dan Fasha menjalinkan hubungan 'istimewa' mula hangat diperkatakan selepas mereka sering dilihat bersama kebelakangan ini.
Fasha akui mereka berkawan baik sejak Aidil bekerja dengannya untuk sitkom 'Mamu Mami Gosip' pada awal tahun ini.
Aidil, 29, pula sebelum ini pernah melalui detik-detik kontroversi selepas ditahan selama dua bulan di penjara atas kesalahan berkaitan dadah hujung tahun 2016.
0 comments:
Post a Comment