Monday 23 September 2013

5 Budak Mati Di Dalam Tong Sampah Akibat Terhidu Racun karbon Monoksida (4 Gambar)

Lima budak berusia sembilan hingga 13 tahun yang melarikan diri dari rumah, meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan selepas mereka terhidu racun karbon monoksida akibat tong sampah yang menjadi tempat mereka berlindung, disambar petir.

Budak berkenaan yang merupakan adik beradik dan sepupu itu lari dari rumah lebih seminggu lalu. Mereka dijaga oleh nenek mereka yang buta di perkampungan Caqiangyan.
Mayat budak-budak berkenaan. Zhongjin, Zhonghong, Zhonglin, Chong dan Bo ditemui dalam tong sampah.Ketika kejadian, hujan lebat dan cuaca sejuk hingga ke paras 4 darjah celsius.

Malang menimpa apabila petir menyambar tong sampah itu, menyebabkan mereka meninggal dunia selepas terhidu karbon monoksida itu. Bapa mereka dipercayai pemungut sampah di Shenzhen, manakala ibu kepada salah seorang mangsa telah meninggalkan bandar berkenaan. 



Budak-budak tersebut yang dilaporkan melarikan diri dari rumah sebelum ini dilihat merempat di merata tempat termasuk di celah bangunan yang runtuh. Kematian mereka mencetuskan persoalan kenapa tiada usaha dilakukan untuk mengesan budak-budak berkenaan.

Susulan kejadian itu, enam pegawai daripada pihak berkuasa tempatan dan dua pengetua sekolah telah dibuang kerja. 
Bagaimana berita mengenai kematian budak-budak malang itu tidak disenangi oleh pihak berkuasa tempatan manakala orang ramai pula menyifatkan kejadian itu sebagai bom jangka yang memerlukan pemantauan segera daripada aspek sosial, keluarga dan kerajaan.

Ia juga mencetuskan kebimbangan kerana terdapat 58 juta kanak-kanak di China yang ditinggalkan bersama datuk dan nenek mereka selepas ibu bapa masing-masing keluar mencari pekerjaan di tempat lain.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook