Pelancong China Didenda Rm25, Menari atas Tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

DUA pelancong China yang berkelakuan tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di atas tembok pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Kota Kinabalu, didenda oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Salah faham terhadap Bobolian – ritual bertempur dengan roh jahat secara spiritual menurut agama tradisi Dusun.

Pada umumnya ketika ada orang mengikuti suatu ritual agama tradisi Dusun, banyak orang yang dengan mudah menghakimi bahwa penggunaan binatang-binatang dalam ritual tersebut berfungsi sebagai persembahan untuk setan dan iblis. Kenyataan ini mungkin benar pada Bobolian tertentu, tapi ada perbezaan antara Bobolian dari kelompok seperti itu dengan Bobolian yang hanya mengabdi kepada Kinorohingan (Minamangun)...

Jumlah Keseluruhan Nilai Barangan Dirampas Cecah 1.1 Bilion

SENARAI barangan yang dirampas daripada kediaman keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

The TrashPacker - PelancongTerkejut Tengok Sampah Di Pantai Lahad Datu, Sabah

I wanted to make a nice beach walk in the evening in Lahad Datud, Borneo...but...it wasn't that nice at all. I saw so much trash that i was shocked. So i was thinking by myself: "I'm going to clean this up tomorrow!".

Bunuh 5 Ahli Keluarga Kerana Sering Dihina

SEORANG wanita di India dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis ‘housewarming’ pada Isnin lalu.

Showing posts with label Sedih. Show all posts
Showing posts with label Sedih. Show all posts

Friday, 22 November 2013

Budak Dilahirkan Tanpa Kelenjar Peluh (3 Gambar)


Sekali imbas, budak lelaki ini kelihatan biasa sahaja seperti kanak-kanak normal yang lain. Hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu penderitaannya. Sedang kanak-kanak seusia dengannya seronok bermain di luar, Fred James hanya terperuk di rumah sahaja.

Bukan kerana emaknya terlalu garang atau tidak membenarkan dia bercampur gaul dengan kanak-kanak yang lain, tetapi disebabkan penyakit ganjil yang dihidapi oleh Fred James sejak dia lahir lagi. Fred James dilahirkan tanpa kelenjar peluh dan dia tidak boleh berpeluh.

Dia tidak boleh hidup dalam cuaca panas kerana ini akan mengancam nyawanya. Oleh itu, Fred James hanya boleh tinggal ditempat berhawa dingin sahaja. Kalau dia mahu berjalan ke luar, ibunya kena membawa ais untuk memastikan Fred James sentiasa sejuk.




        
Share:

Saturday, 16 November 2013

Keadaan Budak Yang Lari Dari Rumah Kerana Penuh Masalah di China (11 Gambar)

China bukan saja penuh dengan penduduk tetapi juga penuh dengan anak-anak kecil yang sanggup lari dari rumah kerana pelbagai masalah yang tidak dielakkan. Antara sebab anak-anak kecil ini lari dari rumah : kemiskinan, penyakit, masalah keluarga, ibu bapa terlalu sibuk, dipinggirkan kerana terlalu ramai adik-beradik, penderaan dan banyak lagi. Jadi anak-anak kecil ini sanggup tinggalkan keluarga dan juga persekolahan mereka untuk mencari duit. Bagi mereka, rumah adalah tempat terakhir yang mereka ingin pergi dan tinggal. 




via : chinahush
Share:

Tuesday, 29 October 2013

Keadaan Anak-Anak Kecil Yang Tinggal Dalam Penjara Di Argentina


Di Argentina 1/3 dari banduan yang menduduki penjara adalah terdiri dari wanita. Sejak 20 tahun kebelakangan ini jumlah banduan wanita semakin bertambah. Kebanyakannya dipenjara atas kesalahan menjadi keldai dadah dan merompak semata-mata mahu menyara keluarga. Akibatnya ada diantara mereka yang menjadi ibu ketika di dalam penjara. 

Di Argentina banduan wanita dibenarkan membesarkan anak yang dilahirkan di dalam penjara sehingga mereka berumur empat tahun. Anka-anak ini menjalani hidup seperti kanak-kanak biasa cuma dibesarkan di dalam sel penjara. Kasihan juga melihat mereka ini. Jadi adik-adik diluar sana. Kalau mahu jadi penjahat sila mandulkan diri anda untuk kebaikkan bersama.  



Share:

Monday, 28 October 2013

Rumah Kontena Rakyat Miskin Di Shanghai (8 Gambar)



Ini ialah kontena yang menjadi tempat tinggal penduduk berpendapatan rendah di kotaraya Shanghai. Walaupun ianya agak daif sewa bulanan"rumah" ini masih mencecah USD 80 (240) sebulan. Mohon kerjaan China memberi Bantuan Yuan 1 China (BY1C) bagi meringankan beban kehidupan rakyat mereka yang miskin!



Share:

Monday, 14 October 2013

Bakar Rumah Selepas Dihalau Pihak Berkuasa Sebagai Tanda Protes (9 Gambar)



Keadaan ekomomi teruk membawa pelbagai kesengsaraan. Di USA ramai orang menjadi gelandangan apabila rumah dirampas bank setelah mereka gagal membayar mortgage. Dibawah ialah senbuha kisah sedih yang juga bersangkutan dengan masalah ekonomi dunia. Mateus dan Leonor Silva dari Lisbon Portugal hidup secara haram didalam sebuah rumah mobil setelah dibuang kerja. Akibatnya mereka hidup didalam rumah mobil kecil ini bersama dua orang anak mereka. Mereka merempat selama 21 bulan kerana tiada wang membayar sewa. Akhirnya mereka dihalau dari "rumah" mereka oleh pihak polis. Sebagai protes Mateus and Leonor Silva membakar rumah mobil mereka yang telah dirampas pihak berkuasa.


Why? God knows why. Maybe they are tired of living like this and when the government who are unable to support pihak gelandangan lebih sebok menghalau mereka dari memulihkan ekonomi yang fakap ini sahaja yang mampu mereka lakukan sebagai protes. Sad really. 





Laporan asal IBTimes
Share:

Tuesday, 8 October 2013

Remaja Bergelumang Noda Sejak Berusia 14 Tahun



BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang komitmen terhadap pelajaran.

Sinar Harian berkesempatan menemui sorang remaja perempuan, berusia 17 tahun kira-kira jam 3 pagi yang berpelesiran di sekitar Pekan Kulim dan terlibat dalam kegiatan pelacuran bawah umur sejak tiga tahun lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Jaja berkata, dia terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu seawal usia 14 tahun.

Kisah hitamnya bermula apabila dia bercinta dengan seorang pelajar bernama Jo, 17, (bukan nama sebenar) di sekolah sama.

Suatu hari, Jo telah mengajak Jaja keluar bersamanya dengan menaiki sebuah motosikal dan kemudian membawa Jaja ke sebuah pondok dalam hutan.

Apabila tiba di sana, Jo telah menyatakan hasrat melakukan hubungan seks bersamanya namun ditolaknya.

Jo kemudiannya berang dan mengugut akan meninggalkan Jaja berseorangan di pondok itu jika enggan memenuhi kehendaknya.

Memandangkan hari sudah mula gelap dan Jaja takut dengan keadaan hutan di sekelilingnya, dia terpaksa mengikut kehendak Jo.

Setelah dirogol, Jaja kemudiannya dihantar pulang ke rumah.

Dikurung dalam bilik

“Selepas kejadian itu, saya tidak lagi mahu menemui Jo dan berkenalan dengan seorang lelaki lain bernama Lan. Saya tidak tahu apakah pekerjaan dilakukannya, bagaimanapun dia sering membawa saya keluar makan.

"Hubungan saya dengannya baik, namun saya tidak tahu rancangan jahat yang disusun olehnya terhadap saya,” katanya.

Pada suatu hari, Jaja telah dibawa teman lelakinya ke sebuah bilik di sebuah bangunan tinggal.

Jaja kemudiannya dikurung selama dua hari tanpa diberi makanan.

Dia sekali dirogol tujuh lelaki yang terdiri daripada rakan kekasih barunya itu.

“Selama dua hari dikurung, mereka tak bagi saya makan. Dalam bilik itu tidak ada bilik air dan saya tidur beralaskan surat khabar sahaja.

"Setiap hari, saya dikehendaki melayani tujuh lelaki sebanyak tiga hingga empat kali sehari sekiranya tidak mahu dicederakan," katanya.

Pada hari kedua, Jaja berkata, dia sudah tidak tahan dengan perlakuan semua lelaki itu terhadapnya dan meminta dilepaskan, bagaimanapun mereka enggan berbuat demikian sebaliknya terus memaksa melakukan hubungan bersama mereka.

"Salah seorang rakan Lan bersetuju melarikan saya, tetapi harus tinggal di rumahnya. Saya bersetuju dan berjaya melarikan diri dari bilik itu,” katanya.


Terlibat dalam pelacuran

Menurut Jaja, dia tinggal bersama lelaki yang melarikannya itu selama seminggu dan hidup seperti pasangan sudah berkahwin.

Apabila ketiadaan wang, lelaki itu akan mengarahkannya melayani rakan lain.

Jaja sekali lagi terperangkap apabila mendapati kekasih barunya itu merupakan seorang pengedar dadah.

Dia mula takut untuk terus tinggal bersama kekasihnya itu kerana bimbang rumah mereka diserbu polis.

Jaja kemudiannya mengambil keputusan untuk tinggal bersama seorang ibu tunggal di sebuah taman perumahan di Kulim.

Di sinilah Jaja mula terlibat dalam kegiatan pelacuran.


Bayi dikandung akan dijual

“Pada usia muda, siapalah yang hendak mengambil saya bekerja? Ketika itu saya masih bersekolah tetapi sering ponteng dan jarang balik ke rumah mak. Saya tinggal di luar kerana mahu bebas. Saya akhirnya tinggal bersama seorang janda.

"Sepanjang bersamanya, dia sering menyatakan kerja yang paling senang untuk mendapatkan wang adalah dengan 'menjual badan'.

Katanya, saya tidak harus melakukan setiap hari sebaliknya melakukan kerja itu sekiranya ketiadaan wang,” katanya.

Terpedaya dengan pujukan ibu tunggal itu, Jaja tidak lagi kisah sekiranya diarahkan untuk melakukan hubungan seks dengan sesiapa pun.

Menurutnya, masih ramai kalangan pelajar perempuan bawah umur terlibat dalam kegiatan pelacuran ini.

Katanya, mereka akan melakukan kegiatan tidak bermoral itu pada hari tidak bersekolah.

Pada hari sekolah, ada pelanggan yang sanggup melakukan hubungan seks dengan pelajar yang masih memakai uniform sekolah.

Jaja berkata, setiap pelanggan hanya membayar RM50 untuk mendapatkan perkhidmatan seks manakala RM100 sekiranya mahu mereka bersama pelanggan selama sehari dan kos bilik tidur harus dibayar pelanggan.  

Katanya, sehingga kini, dua dari enam pelajar bawah umur terlibat sedang hamil antara dua hingga empat bulan.

Bagaimanapun, ini bukanlah satu masalah besar bagi mereka kerana bayi yang dikandung itu akan dijual kepada keluarga yang berkehendakkan anak dengan harga RM4,000 hingga RM5,000.


Perkara biasa ditahan berkhalwat

Menurut Jaja, kegiatan pelacuran yang melibatkan pelajar perempuan ini sukar dikesan kerana tidak dilakukan di premis atau hotel tertentu.

Orang tengah akan mengarahkan remaja bawah umur terlibat tunggu di lokasi dikehendaki sebelum dibawa pelanggan ke tempat lain.

“Ada yang menyatakan kegiatan pelacuran bawah umur ini berlaku di Kulim adalah tidak benar. Kami tinggal di Kulim tetapi akan melakukan aktiviti di hotel atau rumah tumpangan di luar kawasan Kulim.

"Dengan cara ini, kegiatan kami ini tidak mudah dikesan pihak berkuasa. Ditahan jabatan agama kerana berkhalwat adalah perkara biasa tetapi kami tidak akan hadir  sekiranya dipanggil untuk diambil keterangan atau mahkamah,” katanya.

Katanya, sehingga hari ini, aktiviti itu masih dilakukannya dan masih ramai pelanggan yang suka layanan diberikan oleh remaja bawah umur.

Kesalahan serius

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini lebih tiga remaja perempuan terlibat telah ditahan dan diarahkan tinggal di rumah perlindungan.

Kata beliau, penglibatan haram dilakukan golongan remaja ini tidak didalangi sesiapa kerana pelanggan akan terus menghubungi mereka.

“Saya ingin menegaskan, melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur adalah satu kesalahan serius dan boleh disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sekiranya sabit kesalahan.

"Melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur akan diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakannya. Bagi mana-mana remaja perempuan yang terlibat dalam kegiatan ini atau dirogol, seharusnya melaporkan kejadian itu kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap suspek terlibat," katanya.

Ghuzlan berkata, mangsa sepatutnya tidak membiarkan suspek bebas melakukan perbuatan ini dan terus merosakkan remaja perempuan lain.
Share:

Tuesday, 24 September 2013

Janin Berusia 15 Minggu Berjaya Dilahirkan (6 gambar)

Seorang wanita telah melahirkan janin berusia 15 minggu seberat 10.5 ounce yang diberi nama Kimberly Mueller di Hanover, German. 

Janin itu hanya sebesar tapak tangan dan berwarna kemerah-merahan. Perhatikan beberapa gambar janin di bawah yang sangat kasian dan comel.






Share:

Monday, 23 September 2013

5 Budak Mati Di Dalam Tong Sampah Akibat Terhidu Racun karbon Monoksida (4 Gambar)

Lima budak berusia sembilan hingga 13 tahun yang melarikan diri dari rumah, meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan selepas mereka terhidu racun karbon monoksida akibat tong sampah yang menjadi tempat mereka berlindung, disambar petir.

Budak berkenaan yang merupakan adik beradik dan sepupu itu lari dari rumah lebih seminggu lalu. Mereka dijaga oleh nenek mereka yang buta di perkampungan Caqiangyan.
Mayat budak-budak berkenaan. Zhongjin, Zhonghong, Zhonglin, Chong dan Bo ditemui dalam tong sampah.Ketika kejadian, hujan lebat dan cuaca sejuk hingga ke paras 4 darjah celsius.

Malang menimpa apabila petir menyambar tong sampah itu, menyebabkan mereka meninggal dunia selepas terhidu karbon monoksida itu. Bapa mereka dipercayai pemungut sampah di Shenzhen, manakala ibu kepada salah seorang mangsa telah meninggalkan bandar berkenaan. 



Budak-budak tersebut yang dilaporkan melarikan diri dari rumah sebelum ini dilihat merempat di merata tempat termasuk di celah bangunan yang runtuh. Kematian mereka mencetuskan persoalan kenapa tiada usaha dilakukan untuk mengesan budak-budak berkenaan.

Susulan kejadian itu, enam pegawai daripada pihak berkuasa tempatan dan dua pengetua sekolah telah dibuang kerja. 
Bagaimana berita mengenai kematian budak-budak malang itu tidak disenangi oleh pihak berkuasa tempatan manakala orang ramai pula menyifatkan kejadian itu sebagai bom jangka yang memerlukan pemantauan segera daripada aspek sosial, keluarga dan kerajaan.

Ia juga mencetuskan kebimbangan kerana terdapat 58 juta kanak-kanak di China yang ditinggalkan bersama datuk dan nenek mereka selepas ibu bapa masing-masing keluar mencari pekerjaan di tempat lain.


Share:

Saturday, 21 September 2013

Gadis Ini Sangat Cantik Tapi Terpaksa Mengemis Untuk Bayar Yuran

Inilah seorang gadis cantik yang sanggup mengemis di tepi jalan demi untuk mendapatkan wang secukupnya bagi membayar yuran persekolahan

Ramai pejalan kaki yang tertarik dengan kecantikan gadis ini sehingga ada yang curi-curi mengambil gambar dan video ketika dia sedang mengemis. Memang kesian sangat perempuan ini.


Share:

Thursday, 19 September 2013

Pengantin Meninggal Dunia Selepas 2 Tahun Koma


China – Seorang wanita yang menghabiskan masa selama dua tahun terbaring di atas katil hospital akibat koma, akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas mesin sokongan hayat dipadamkan.
He Jingjing meninggal dunia sejurus sahaja dia dikahwinkan dengan tunangnya, Lu Lai.
Detik-detik terakhir He Jingjing itu dilakukan dalam suasana yang penuh pilu di hadapan Lu Lai dan keluarganya.
He Jingjing dan Lu Lai, berasal dari Guangdong dan mula menjalin hubungan pada 2011.
Kedua-duanya bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan di Guangzhou, dan baru membeli rumah namun kegembiraan itu berakhir selepas He Jingjing jatuh sakit ketika sedang bekerja.
Dia kemudiannya koma ketika dalam perjalanan ke hospital dan sejak itu tidak pernah sedar lagi.
Pada hari dia meninggal dunia, keluarganya berkumpul di sisi He Jingjing sambil menyambut hari jadi ke-28 wanita itu, bersama kek dan satu majlis kecil iaitu majlis perkahwinannya.
Kini selepas dia meninggal dunia, organnya akan didermakan kepada mereka yang memerlukannya.
Dalam pada itu, Lu Lai berkata, isterinya itu akan sentiasa berada dalam hatinya.
“Saya gembira kerana isteri saya akan menolong orang lain menerusi pendermaan organ badannya. Dia akan sentiasa berada dalam hati saya dan akan selalu merinduinya walau apa jua berlaku,’’ katanya.
Menceritakan kisah isterinya dengan lanjut, Lu Lai berkata, pada hari kejadian, isterinya sedang sakit namun dia enggan berhenti bekerja.
“Saya menerima panggilan dia telah rebah di depan komputernya dan telah dibawa ke hospital. Ketika dalam perjalanan ke hospital, pernafasannya telah berhenti dan terpaksa diberikan rawatan lanjut.
“Doktor memaklumkan isteri saya mengalami kerosakan otak dan tiada apa yang boleh kami lakukan,’’ katanya.
Share:

Facebook