Friday, 20 September 2013

Informasi - Periksa IMEI Telefon Bimbit Sebelum Beli Untuk Elak TERBELI Handset Clone


MEI adalah International Mobile Equipment Identity
Ok, maklumat dibawah ni lebih accurate sikit dari post sebelum ni, saya dah buat beberapa semakan dan saya rasa ini adalah lebih tepat sekiranya sedara nak tahu dari mana kualiti henset sedara.


Imei adalah tahap untuk mengukur keaslian henset anda, sekiranya anda membeli henset dan dimaklumkan kepada tuan kedai bahawa henset anda adalah asli dan macam-macam lagi , inilah masanya untuk kita tentukan mengunakan kaedah IMEI!!, ehemm maksud Imei adalah  International Mobile Equipment Identity.
Kenapa perlu tahu?

Untuk mengenal pasti keaslian handphone, henset atau seumpama denganya.. hehe, Kalu tak rugi lah kan, pakai sekejap nanti rosak nak salah kan sape? haaaaaa

Ada 2 cara untuk mengetahui status Imei

1) Kaedah Pertama dengan Merujuk pelekat yang ditampal dalam henset, (biasanya bawah bateri)

2) Kaedah ke 2 pula, dengan menghantar sms ke talian


Just Bayangkan Anda Pegang Handset anda sendiri

Tekan *#06#

Langkah 2 : No siri  unik akan dipaparkan, contohnya seperti 359598040475402.
 
 
 
Langkah 3 : Perhatikan nombor yang ke 7 dan ke 8.
Contohnya, untuk no siri

359598040475402, no ke 7 dan ke 8 ialah, 04.

Sila rujuk semula :

    02 atau 20 : Dari  Emirates / India = KUALITI RENDAH
    08 atau 80: Dari Germany = KUALITI SEDERHANA
    01 atau 10 : Dari Finland = KUALITI TERBAIK
    00 Dari Kilang Asal = EXCELLENT!

    05 atau 50 : Kilang Brazil, USA @ Finland = TERBAIK
    06 atau 60 : Dari Kilang  Hong kong, China atau Mexico = BAIK
    03 atau 30 atau 04 atau 40 : Made in China = KUALITI BAIK

    13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI DAN MUNGKIN MERBAHAYAKAN KESIHATAN (menurut kajian yang dibuat.)


Sumber : seniaku.com
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook