Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai
tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti
kerja keras. Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi
kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.
Namun, daripada memanjakan diri dengan
kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun,
spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam
hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di
sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.
Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.
“Saya sentiasa berasakan saya perlu
melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10
tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.
Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.
Mereka sudah menjual empat blok. Hasil
jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta
gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani
kehidupan selesa pada masa akan datang.
0 comments:
Post a Comment