Sunday, 29 September 2013

Lelaki Pakai Coli Kini Jadi Trend Di Jepun

Setelah dikejutkan dengan munculnya trend memakai seluar dalam di wajah, kini Jepun menyebarkan "virus" baru berupa trend lelaki memakai bra. Hal ini terungkap setelah rocketnews24 menelusurinya ke beberapa laman web forum di Jepun.Salah satu laman web online shopping Jepun, Rakuten, bahkan menyediakan enam halaman yang mengandungi model bra yang direka khas untuk lelaki. Untuk memastikan penemuan aneh ini, reporter rocketnews24 berusaha untuk mengumpul bukti mengapa semakin banyak lelaki yang memakai bra.
 
Semasa kajian berlangsung, reporter tersebut mendapati bahawa kecenderungan ini tidak hanya berlaku di Jepun, tetapi juga seluruh dunia. Faktanya, ia berjaya menemui pelbagai laman web yang digunakan oleh para lelaki pemakai bra untuk berkongsi perasaan dan pengalaman mereka.

Ketika ditanya mengapa beberapa lelaki suka memakai bra, seorang ahli laman dari Inggeris menjelaskan, "Saya merasa lega dan dilindungi," yang juga menjadi alasan umum bagi para lelaki yang memakai bra. Lain menjawab bahawa bra boleh menyangga punggungnya dan itu terasa melegakan.

Sebagaimana dilansir rocketnews24, beberapa netizen Jepun mengaku bahawa feminization sedang terjadi pada lelaki-lelaki di negeri matahari terbit itu. Namun, yang lain mengatakan bahawa lelaki pemakai bra hanyalah sekumpulan homoseksual.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook