Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan. Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. penyerangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan.
Dan Jepun pun kalah. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Ketika itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikatakan Kobe menjadi rata dengan tanah.
Ketika
bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe
tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding
luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak
hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bawah
masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang
disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa
perang.
Pemerintah
Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang
besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela
baru yang didatangkan secara langsung dari Jerman. Sebuah lampu hiasan
baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu
bilik lalu dipasang di masjid ini.
Sekolah
yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan
tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan
keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.
Krisis
kewangan sering menghampiri kas jawatankuasa masjid. Cukai bangunan
yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak
bayaran dari simpanannya.Ramai penderma yang bersedia memberikan bantuan
untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian
masjid ini. Sumbangan tetap boleh membuat Masjid Muslim Kobe menjadi
semakin berkembang.
Kekukuhan
Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995.
Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya
bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti
South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.
Para
ilmuan menyatakan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat yang
saling bertembung, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan plat Eurasia.
Meskipun hanya berlaku 20 saat, namun gempa ini memakan nyawa sebanyak
6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe. Selain
itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km
dari pusat gempa.
Gempa
bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak
gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan mangsa 140,000 orang. Namun
hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak
tergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun
sekuat masjid ini.
0 comments:
Post a Comment