Sunday, 13 October 2013

Babak tarian bogel saya bukan porno, tapi seni ya - DEPE




Dewi Persik akan kembali dengan adegan ghairah dalam filem terbaru beliau 'Nyi Blorong'. Dalam filem tersebut, Depe akan melakonkan adegan menari bogel.
"Saya akan tampil tanpa pakaian di dalam filem ini. Di sana saya akan menari tiang (pole dance) dan tarian ular. Ianya berlaku dalam babak saya menunggu kekasih hingga tertidur ketika mendengar lagu dan bermimpi sedang menari," ujar Dewi Perssik ketika pelancaran file mtersebut di Cinere, Depok, Isnin lalu.


Namun begitu, Depe membantah jika adegan itu dikatakan sebagai porno.

"Aksi bogel itu bukan babak porno ya, ianya adalah seni," tegas beliau lagi.

Beliau menambah, filem berkenaan tidak mengeksploitasikan tubuhnya, tetapi menguji kemampuannya untuk melakonkan pelbagai watak.


"Ketika lakonkan babak berkenaan, saya hanya menerok kemampuan diri saya antaranya bakat menari untuk tarian bogel itu. Sekali lagi saya tegaskan ianya bukan sesuatu yang porno ya," tambah Depe.

Filem ini sama seperti filem-filem seram yang pernah dihasilkan di sekitar tahun 90-an yang menampilkan unsur seksi.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More