Pelancong China Didenda Rm25, Menari atas Tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

DUA pelancong China yang berkelakuan tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di atas tembok pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Kota Kinabalu, didenda oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Salah faham terhadap Bobolian – ritual bertempur dengan roh jahat secara spiritual menurut agama tradisi Dusun.

Pada umumnya ketika ada orang mengikuti suatu ritual agama tradisi Dusun, banyak orang yang dengan mudah menghakimi bahwa penggunaan binatang-binatang dalam ritual tersebut berfungsi sebagai persembahan untuk setan dan iblis. Kenyataan ini mungkin benar pada Bobolian tertentu, tapi ada perbezaan antara Bobolian dari kelompok seperti itu dengan Bobolian yang hanya mengabdi kepada Kinorohingan (Minamangun)...

Jumlah Keseluruhan Nilai Barangan Dirampas Cecah 1.1 Bilion

SENARAI barangan yang dirampas daripada kediaman keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

The TrashPacker - PelancongTerkejut Tengok Sampah Di Pantai Lahad Datu, Sabah

I wanted to make a nice beach walk in the evening in Lahad Datud, Borneo...but...it wasn't that nice at all. I saw so much trash that i was shocked. So i was thinking by myself: "I'm going to clean this up tomorrow!".

Bunuh 5 Ahli Keluarga Kerana Sering Dihina

SEORANG wanita di India dihukum mati atas pertuduhan membunuh lima ahli keluarganya dalam sebuah majlis ‘housewarming’ pada Isnin lalu.

Showing posts with label kisah artis. Show all posts
Showing posts with label kisah artis. Show all posts

Saturday, 22 February 2014

Nora Danish Berang 'Sultan Melaka' Pening Pilih Janda



TINDAKAN segelintir individu nakal mempermainkan beberapa selebriti cantik berstatus janda dengan mereka-reka dialog lucu sebelum menyebarkan gambar dan dialog itu dalam laman sosial sejak Isnin lalu, mengecewakan aktres jelita, Nora Danish, 31, yang turut menjadi mangsa.
Selain Nora, artis lain yang turut menjadi bahan usikan ialah Erra Fazira, Rita Rudaini dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Usikan itu bermula apabila Erra Fazira disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Isnin lalu.
Nora berkata, individu nakal berkenaan tidak sepatutnya memperlekehkan wanita berstatus janda, seolah-olah membawa konotasi negatif dengan anggapan golongan ini mudah didekati.
Jangan sebab wanita itu janda, masyarakat terus label seseorang itu dengan perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan. Membawa status janda itu sebenarnya sangat berat.
Saya rasa, untuk wanita yang diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil sebagai ibu tunggal, katanya.
Share:

Wednesday, 19 February 2014

Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan Di Kangar




KANGAR: Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi. 


Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang. 


Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan. 


BH
Share:

Thursday, 6 February 2014

Sofi Jikan Berlagak 'SUPERSTAR, Amuk Sampai Buka Baju Sebab Parkir !



Sofi Jikan sememangnya dikenali sebagai pelakon yang mempunyai karisma tersendiri.
Sering diberikan watak seseorang yang berlagak pailang dalam filem-filem lakonannya, Sofi nyata berjaya menjiwai karektor hingga mendapat pujian ramai penonton.

Tapi yang tak sedapnya, sikap Sofi dalam lakonan dikatakan terbawa-bawa ke dunia luar.

Menerusi satu status yang dikongsikan di Facebook, Sofi dikatakan sombong, berlagak dan mengamuk sampai membuka baju semata-mata kerana isu parkir. Sofi turut didakwa berkata kepada penjaga parkir bahawa dia merupakan pelakon terkenal (superstar).
Benarkah begitu? Maklumlah, status ini cuma cerita sebelah pihak sahaja.

Setelah menghubungi Sofi Jikan bagi mendapatkan kepastian, barulah diketahui cerita sebenar.

Tidak menafikan berlaku pertelingkahan antara dirinya dengan penjaga parkir, Sofi bagaimanapun menyifatkan insiden itu berlaku kerana dia tidak dapat menerima hakikat pelakon sepertinya mendapat layanan buruk.

Ceritanya, pada hari kejadian Sofi ke sana sebagai tetamu di sebuah syarikat penerbitan namun disebabkan penjaga parkir berbangsa asing tidak mengenali dirinya, dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.

“Saya tidak sekali-kali menyalahkan syarikat penerbitan tetapi diri sendiri yang terlalu sensitif. Bagaimanapun siapa boleh sabar kalau datang sebagai tetamu tapi tidak diberikan parkir sedangkan masih terdapat berpuluh-puluh petak kosong.

“Perkara ini mungkin tidak terjadi jika pekerja itu ada budi bahasa. Jadi saya melayan dia sebagaimana dia melayan saya dahulu,” ujar Sofi.

Ditanya perkembangan terbaru, Sofi kini sedang sibuk dengan filem Gangsterock yang diarahkannya. Filem ini merupakan karya sulung terbitan syarikat produksi YKS Film Maker Sdn Bhd yang merupakan kerjasama antara Yusof Kelana dan Serina Redzuawan.

Gangsterock dibarisi pelakon popular seperti Khir Rahman, Izara Aishah, Saiful Apek, Sharifah Amani, Aqasha, Namron dan Syafie Naswip.

Selain itu, Sofi juga sibuk dengan proses editing album sulungnya berjudul Kasi Sengat yang dijangka keluar penghujung Mac ini. Single pertama, Madu kini sudah mula ke udara dan boleh dimuat turun sebagai nada dering.

Share:

Wednesday, 5 February 2014

Ashraf Muslim Luah Sayang Kedua-dua Isterinya


KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Ashraf Muslim yang mengejutkan ramai pihak apabila bernikah kali kedua secara rahsia tahun lalu, memuat naik foto mesra bersama kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Ashraf yang bakal menunaikan umrah di tanah suci Mekah, memuat naik status dan gambar berkenaan di laman sosial Facebook rasminya pada jam 3 petang semalam. 
"Assalamualaikum semua.. saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. saya sayang kamu berdua.. doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat. 


"Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik.. terima kasih Allah," katanya dalam posting berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat Ashraf gembira melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Noor Dayana dan Wan Sakinah serta berharap hubungan mereka sentiasa dalam bahagia.




"Alhamdulillah... semakin org mengata semakin Allah membahagiakan mereka,” komen seorang peminat, Sharifah Anum Nazri.
Share:

Johan Sanggup Tolak Jika Menang Kategori Lawak ABPBH 2013



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau Johan (Raja Lawak) mahu menyerahkan trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) sekiranya dia memenangi kategori itu.
Johan berkata, Ebby Yus layak diangkat sebagai juara kerana pelawak itu memiliki bakat serba boleh yang dirasakan wajar untuk diberi pengiktirafan berdasarkan pengalamannya dalam industri hiburan negara.
"Saingan bagi kategori ini boleh dikatakan agak sengit. Kalau anda tanya saya, saya sanggup mengalah. Biarlah dia (Ebby Yus) bersaing dengan tiga finalis lain, barulahgentleman sikit.
"Abang Ebby Yus layak menang pada kali ini kerana dia bukan bermula sebagai pelawak tetapi menempa nama sebagai pelakon dan baru tercalon bagi kategori itu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Selain Johan dan Ebby Yus, tiga finalis yang turut dicalonkan bagi kategori itu ialah Zizan Razak, Jep (Sepahtu) dan Rahim (Sepahtu).
Johan pernah membawa pulang trofi bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular pada ABPBH 2011 yang diadakan dua tahun lalu.
ABPBH 2013 akan diadakan pada 6 April depan di Genting Highlands, Pahang.
Menurut Johan, dia tidak akan melatah jika gagal mengungguli kategori tersebut kerana anugerah itu tidak penting baginya, tambahan pula dia pernah diumumkan sebagai pemenang untuk kategori berkenaan.
"Saya tak kisah jika menang atau tidak. Jika menang itu satu bonus tetapi jika kalah saya tidak akan melatah. Cukuplah sekadar pernah merasa menang trofi itu sebelum ini," katanya kepada mStar Online .
Sementara itu, bercerita mengenai pengalaman menunaikan umrah bersama isterinya, Ozlyn Wati pada 8 hingga 16 Januari lalu, Johan memberitahu segala urusannya di Tanah Suci itu dipermudahkan Allah.
"Pengalaman di sana semuanya indah. Alhamdulillah segala urusan saya dan isteri dipermudahkan Allah. Saya bersyukur kerana dapat mengucup Hajarul Aswad.
"Di sana saya turut berdoa agar hubungan saya, isteri dan keluarga terus utuh sehingga ke akhir hayat," katanya.
Tambah Johan, dia juga berasa teruja kerana dapat menjejakkan kaki dan melihat sendiri dengan jelas tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah.
Share:

Ruapanya Ezany Nizariff Ugut Bunuh Guru ‘Ganggu’ Adik Perempuannya


HAI, apalah yang dilakukan oleh seorang guru di Kangar sampai pelakon Ezany Nizariff mengugut mahu membunuhnya?
Azahar Hassan, 43, menerusi Harian Metro berkata, pelakon tersebut mengugutnya melalui status dan gambar yang dimuatnaik di laman Facebook yang berbunyi:‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’.
“Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya.
“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan,” ujarnya.

Susulan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kangar bagi melindungi dirinya dan keluarga jam 11 malam, kelmarin.
Berbalik kepada punca ugutan itu, rupa-rupanya Ezany memuatnaik status tersebut kerana geram dengan tindakan guru terbabit yang kerap menghubungi adik perempuannya biar pun sudah beristeri, memetik Terengganu Today.
Pendek kata, dia mungkin mahu melindungi adiknya itu daripada diganggu oleh suami orang.
Selepas perkara tersebut tersebar, Ezany menerusi lama Facebooknya telah memuatnaik status yang berbunyi:

Rasanya, Ezany mungkin hanya mahu menakutkan guru terbabit dan tidak ada niat langsung mahu membunuhnya.
Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tak perlulah dibawa hingga naik turun mahkamah.
Kepada guru terbabit, tak perlulah hubungi gadis lain kalau sudah berkeluarga. Kasihanlah sikit dekat anak bini tu…
Share:

Tuesday, 4 February 2014

Sheikh Haikel Diugut Bunuh Selepas Bagi Kritikan Pedas MLM13


SALAH seorang juri tetap MLM 2013, Sheikh Haikel juga artis dari Singapura mengakui terpaksa mengupah seorang pengawal beribadi selepas menerima ugutan bunuh angkara komennya yang tidak disenangi sesetengah peminat fanatik  MLM 2013.
Jelas selebriti berusia 38 tahun ini, ekoran kritikan yang membina yang diberikan olehnya kepada para peserta di gelanggang MLM 2013, dia menerima ancaman bunuh menerusi laman media sosial dan semakin berhati-hati jika mahu bergerak kemana-mana mahupun berhadapan dengan peminat fanatik MLM menurut astrogempak.
“Baru-baru ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan tersebut turut meilbatkan anak-anak saya. Peminat tersebut mengancam mahu langgar anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia. Saya amat terkejut juga  dengan ancaman tersebut.
“Saya pun tidak berapa pasti komen  yang mana saya berikan kepada peserta MLM sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai salah seorang peminat fanatik. Secara jujurnya komen yang saya beri berdasarkan apa yang saya lihat dan bukan pedas atau hentam semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.
Akibat daripada ancaman tersebut, Sheikh Haikel telah mengupah seorang pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan dua anaknya.
“Saya telah mengupah seorang pengawal peribadi ketika berada di Malaysia semasa menjadi juri MLM malah di Singapura juga saya buat perkara demikian bagi menjaga keselamatan keluarga,” ujar Sheikh Haikel pendek.
Share:

Sunday, 24 November 2013

Ella Kini Hamil? Atau Khabar Angin


Ratu rock negara, Ella berkata khabar angin yang mengatakan dirinya hamil adalah tidak benar kerana dia bukannya hamil tetapi sakit apendiks dan telah pun menjalani pembedahan membuang apendiks tiga bulan lalu.

"Saya ada terdengar khabar angin yang saya hamil, tetapi sebenarnya tidak," ujarnya kepada Harian Metro.

Menurut Ella atau nama sebenarnya Norzila binti Haji Aminudin, 46 , dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor selepas sering rasa sakit di bahagian perut selepas makan.

"Doktor sarankan saya supaya menjalani pembedahan untuk membuang apendiks kerana dikhuatiri pecah sekirannya mengandung."

Pada masa sama, Ella berkata, dia dan suaminya Azhar Ghazali berserah kepada Allah S.W.T untuk menimang cahaya mata.

Dalam perkembagan lain, Ella bakal muncul dengan album terbarunya yang dijangka akan diriliskan pada tahun hadapan.

"Album baru masih dalam proses pembikininan dan saya juga akan mengadakan konsert jelajah selepas dilancarkan nanti."
Share:

Sunday, 13 October 2013

Babak tarian bogel saya bukan porno, tapi seni ya - DEPE




Dewi Persik akan kembali dengan adegan ghairah dalam filem terbaru beliau 'Nyi Blorong'. Dalam filem tersebut, Depe akan melakonkan adegan menari bogel.
"Saya akan tampil tanpa pakaian di dalam filem ini. Di sana saya akan menari tiang (pole dance) dan tarian ular. Ianya berlaku dalam babak saya menunggu kekasih hingga tertidur ketika mendengar lagu dan bermimpi sedang menari," ujar Dewi Perssik ketika pelancaran file mtersebut di Cinere, Depok, Isnin lalu.


Namun begitu, Depe membantah jika adegan itu dikatakan sebagai porno.

"Aksi bogel itu bukan babak porno ya, ianya adalah seni," tegas beliau lagi.

Beliau menambah, filem berkenaan tidak mengeksploitasikan tubuhnya, tetapi menguji kemampuannya untuk melakonkan pelbagai watak.


"Ketika lakonkan babak berkenaan, saya hanya menerok kemampuan diri saya antaranya bakat menari untuk tarian bogel itu. Sekali lagi saya tegaskan ianya bukan sesuatu yang porno ya," tambah Depe.

Filem ini sama seperti filem-filem seram yang pernah dihasilkan di sekitar tahun 90-an yang menampilkan unsur seksi.
Share:

Friday, 11 October 2013

Amanda Imani Bangga Memilik Tubuh Yang Menggiurkan


BUKAN sekali dua, penyanyi Amanda Imani dicemuh dengan gelaran yang bukan-bukan. Itu semua berlaku lantaran dia memiliki tubuh yang agak berisi selain berangka besar.
Ada yang mencemuh dengan panggilan wanita gergasi atau apa saja yang terlintas di fikiran mereka.

Tentu sekali dia mudah menjadi bahan cemuhan kerana statusnya sebagai seorang artis membenarkan dia diperlakukan begitu. Itu tanggapan kebanyakan orang.

Kerjayanya itu tentu sekali mengundang banyak mata untuk mencari setiap kesalahan atau kejelikan yang ada pada dirinya meski itu tidak diingini Amanda.

Malah itu menjawab persoalan mengapa anak muda berusia 21 tahun ini sukar menjadi pilihan utama gadis muka depan sesetengah majalah atau akhbar.

Menganggap Amanda tidak boleh dijual, hal itu menjadi tanda tanya buat sesetengah pihak mengapa wanita ini bagai dianaktirikan gara-gara memegang gelaran `artis wanita gergasi.

Menyelami pandangan pelantun lagu Selamilah Cinta ini, ternyata dia sudah lama menyedari kritikan dan pandangan enteng sesetengah pihak padanya berhubung perkara yang satu itu.

Masa mula-mula masuk dalam industri seni saya mengaku, saya memang tak biasa dengan situasi bila orang memandang aneh dengan saya.

Maklumlah masa itu, apalah yang diketahui gadis 17 tahun mengenai industri. Ya, awalnya saya sangat terasa dengan cemuhan orang mengenai tubuh saya.

Mereka kata begitu begini dan itu memang pedih. Tapi sampai satu tahap, saya sudah lali dengan itu semua," katanya.

Kongsi wanita yang memiliki ketinggian 170cm ini, dia lebih senang untuk menganggap cemuhan itu sebagai satu perkara yang subjektif memandangkan pandangan setiap individu adalah berbeza.

Sejak dulu lagi, tubuh saya memang begini. Saya tak rasa itu satu tekanan terutama untuk saya ikut cakap orang untuk menjadi seorang yang bertubuh kurus.

Ada orang cakap saya okey begini, ada pula yang tak suka. Saya tak kecil hati atau marah bila orang bercakap mengenai hal ini atau menjadikannya isu sebab saya tahu sukar untuk saya menutup mulut orang.

Jadi apa yang saya lakukan, saya biarkan saja apa yang mereka mahu katakan. Nak buat macam mana kalau tubuh saya tak seperti figura wanita Asia lain," ujarnya.

Bangga
Meski jenuh berhadapan dengan kata dan umpatan orang, Amanda yakin bahawa apa yang dia miliki kini sudah begitu cukup untuk membuat dirinya berasa bangga.

Ya, saya bangga dengan diri saya. Rasanya saya tak perlu menuruti kemahuan orang. Kalau saya nak kurus, saya akan buat atas inisiatif sendiri. Bukan kerana disuruh-suruh.

Lagipun, tak semestinya saya tak kurus maka saya tak boleh berjaya. Ada banyak contoh artis atau selebriti yang berjaya dalam bidang mereka walau bertubuh besar. Contohnya Adele, Kim Kardashian dan ramai lagi.

Ramai pereka fesyen tanah air yang secara peribadi memuji tubuh saya kerana tak terlalu kurus dan nampak cantik dalam busana mereka. Jadi itu antara kelebihan yang saya dapat.

Jadi tak salah bukan kalau saya memilih untuk menjadi seorang yang berbeza. Sebab kalau semua orang sama, pasti membosankan.

Sama seperti isu pakaian, orang kata saya seksi. Pada saya asalkan yang saya pakai itu selesa dan menyakinkan, saya akan pakai," katanya.

Dalam riak wajah yang masih tenang, jelas Amanda dia tidak peduli dengan segala cemuhan itu kerana baginya apa yang penting adalah menjalani hidup dalam kegembiraan dan sihat.

Malah bercerita dalam niat bukan untuk meninggi diri, kata Amanda, meski menjadi bahan umpatan, setidak-tidaknya dia bangkit membuktikan bahawa dia mampu berjaya dalam landasannya.

Saya bersyukur dalam orang mengata, saya telah dipilih untuk menjadi duta produk kosmetik Za untuk tempoh kontrak selama setahun. Itu rezeki dan tuah buat saya.

Jadi untuk apa saya nak runsing memikirkan apa kata orang sedangkan rezeki itu ada buat saya walau ramai yang tak suka saya," katanya.
Share:

Dia paling suka ketika aku bertelanjangg - Jupe

Jupe dan Gaston
Tidak lama lagi, Julia Perrez (Jupe) akan berkahwin dengan pemain bola sepak Indonesia, Gaston Castano. Bintang Gending Sriwijaya ini bercerita mengenai rahsia asmaranya bersama pemain Pelita Bandung Raya tersebut.

Jupe mengaku Gaston menyintainya bukan kerana kecantikannya yang dibuat-buat, tetapi ianya kecantikan yang asli.

"Gaston mencintaiku yang telanjang, saat aku cabut segala kening dan bulu mata serta aksesori mekap yang lain," kata Jupe ketika ditemui di kawasan Kuningan, Jakarta Selatan Sabtu lepas seperti mana yang dilporkan oleh Tabloid Bintang Online.

Jupe menambah, Gaston paling suka melihat dirinya ketika bangun dari tidur apatah lagi saatnya berbogel.

"Dia paling suka kalau aku baru bangun tidur, itu kecantikan alami Jupe katanya. Dia lebih suka lagi kalau aku telanjang tanpa pakaian," tambah Jupe sambil tertawa.
Share:

Thursday, 10 October 2013

Fazura Bantu Liyana Jasmay Atasi Masalah Keguguran Rambut




PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay memberitahun dia pernah menangis gara-gara mempunyai masalah keguguran yang sangat teruk pada tiga tahun lalu. Liyana, 25, berkata, keadaan itu membuatkan dia risau kepalanya mungkin menjadi botak sehingga  menjejaskan usaha untuk berumah tangga pada ketika itu.

"Saya seorang yang sangat sensitif berkaitan dengan rambut. Apabila rambut saya gugur teruk pada tiga tahun lalu, saya menangis dan telefon ayah memberitahu tentang masalah saya. 

"Rasa macam kelakar juga, tetapi waktu itu mujurlah Fazura (pelakon) mencadangkan saya untuk berjumpa seorang doktor dan membuat rawatan kulit sehinggalah ia kembali pulih," katanya.

Tambah Liyana, melihatkan ibunya juga sering mengalami masalah sama, dia semakin bimbang akan mengalami keguguran rambut yang lebih teruk apabila meningkat tua nanti. Kata pelakon drama NY Cinta itu lagi, walaupun ia kedengaran remeh tetapi sebagai wanita dia harus menjaga rambutnya yang dianggap sebagai mahkota wanita.

Dalam pada itu, Liyana memberitahu sebelum ini dia hanya menggunakan bahan-bahan organik dan sekarang mula mengamalkan pengambilan produk rambut yang bersesuaian mengikut nasihat doktor. "Sejak rambut saya semakin sihat, saya juga tidak lagi mengamalkan penggunaan penyembur rambut melainkan benar-benar perlu dalam kerja saya, tidak macam dulu lagi.

"Dan jika saya mempunyai masa terluang, saya akan memotong sebiji limau purut dan sentalkan pada kepala," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Liyana bakal muncul dengan filem Papadom 2 pada hujung tahun ini.
Share:

Wednesday, 9 October 2013

Datuk Siti Nurhaliza Nafi Dirinya Hamil

Mungkin kerana para peminat yang tidak sabar untuk melihat pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K menimang cahayamata, ada khabar angin bertebaran semalam mengatakan penyanyi itu kini sedang hamil — siap dengan gambar lagi katanya.
Sekeping gambar telah tersebar di Facebook dikatakan menampakkan seolah olah penyanyi itu sedang berbadan dua dan bercakap kepada Harian Metro, Siti Nurhaliza nyata terkejut dengan kisah tersebut dan menafikan yang dirinya kini sedang hamil.

“Siti pun tidak tahu dari mana mereka mendapat cerita ini, tetapi ada kemungkinan daripada tweet seorang peminat menerusi Twitter yang bertanyakan soalan mengenai anak. Terus terang, Siti belum ada rezeki lagi, tetapi minta mintalah semua doakan agar ia menjadi kenyataan.

“Mungkin juga mereka tak sabar untuk tengok ‘baby’ Siti, tetapi Siti sendiri lagilah tidak sabar”

Apabila ditunjukkan gambar yang menjadi perhatian para peminatnya di Facebook, Siti Nurhaliza hanya tertawa kecil dan menjelaskan yang ianya satu gambar lama.

“Itu gambar tiga empat tahun lepas, masa Siti tengah menari dan jaket (yang dipakai) tertarik ke bawah hingga menampakkan perut seperti kembung,” tambahnya lagi.
Share:

Thursday, 3 October 2013

Nurul Wahab Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pagi Tadi


Hebat juga Nurul Wahab, baru pagi tadi selamat bersalin tengah hari ini sudah menulis di blog rasmi beliau menceritakan proses kelahiran bayi sulung beliau bersama suami, Eric Depp. Nurul Wahab menulis yang beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10.28 pagi tadi secara normal dan memberikan nickname Baby Z kepada anak kedua beliau ini.

“Syukur alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby ‘Z’ jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby ‘Z’ dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay”

“Aku sakit tak lama. Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3.00 pagi langsung ke hospital. Syukur alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku,” tulis Nurul Wahab sebentar tadi.

Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012.

Hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer terkenal Ajai, penyanyi itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, berusia 15 tahun.
Share:

Cha Cha Maembong Enggan Dicop ‘Playgirl’

Cha Cha Maembong
Pelakon remaja Cha Cha Maembong tidak mahu digelar ‘playgirl’ hanya gara-gara dia sering digosipkan dengan beberapa artis lelaki sebelum ini.
“Asalkan saya keluar dengan artis lelaki saja mesti ada gosip. Sebenarnya kami berkawan-kawan. Saya takut dilabel playgirl. Tapi sebagai artis, memang kita tak dapat elak gosip-gosip tu. Pada saya, saya buat tak layan saja. Semua artis ada cerita cinta mereka tapi gosip cinta saya tak benar”, katanya kepada Malaysian Digest.com yang turut menegaskan ketika ditemui pada sidang media telemovie khas sempena Aidiladha, Designer Didie Naik Haji bertempat di Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio Angkasapuri, semalam.
Pemilik nama sebenar Siti Aishah Maembong, 17, ini berkata demikian ketika mengulas mengenai dirinya sering dikaitkan dengan artis lelaki seperti pelakon Shah Iskandar dan terbaru penyanyi Iqwal Hafiz.
Mengenai hubungannya cintanya dengan pelakon Shah Iskandar, Cha Cha berkata dia tidak mempunyai hubungan istimewa malah sudah lama tidak berhubung dengan aktor kelahiran Singapura itu.
“Saya pernah jalani penggambaran Pengantin Lari dengan dia. Dan gosip tu timbul masa kami sedang shooting drama tu. Kadang-kadang lepas shooting tu kami keluar lepak minum beramai-ramai. Tapi sekarang ni dah habis shooting memang kami dah lama tak jumpa”, ujarnya.
Sedang Kenal Hati Budi Iqwal
Sementara itu Cha Cha mengakui dia kini berkawan rapat dengan Iqwal Hafiz sepertimana yang digembar-gemburkan di internet. Menurut adik kepada Emma Maembong ini, dia mengenali Iqwal sejak beberapa bulan lalu menerusi sahabat baiknya.

“Saya baru kenal dia dan tak sampai setahun pun kami berkawan. Baru-baru ni dia bersama ayah dan ibunya ada melawat saya di hospital sewaktu saya jalani pembedahan apendiks bulan lalu.
“Sebenarnya kawan baik saya yang kenalkan saya pada dia. Sebab dia pun sebenarnya kawan kepada kawan baik saya tu. Tapi setakat ni kami tak pernah lagi keluar berdua. Kalau keluar, kami mesti bertiga iaitu dia, saya dan kawan baik saya.

“Apa yang boleh saya katakan, kami baru nak kenal hati budi masing-masing”, katanya yang bakal muncul menerusi telemovie Designer Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1. – Malaysian Digest
Share:

Wednesday, 2 October 2013

Pelakon Wanita Dilarang Bersetubuh Dengan Suami Kerana KOTOR

Pelakon Fifie Buntaran (33) perlu berpantang dalam rangka pengambaran filem Pantai Selatan, yang kisahnya berkait dengan "penguasa" pantai itu, Nyai Roro Kidul.
Fifie Buntaran yang sudah bersuami tidak boleh berhubungan intim sepanjang tempoh pengambaran filem itu kerana dia memegang peranan sebagai Nyi Roro Kidul.
Fifie Buntaran mendapat kata nasihat dari pakar spritual yang terlibat dalam pembikinan filem ini yang menyarankan supaya dia menghentikan sementara hubungan intim memandangkan peranan nya yang memerlukan dia dalam keadaan bersih.
"Kata guru spiritualnya, jangan berhubungan badan dulu, biar enggak 'kotor'," kata Fifie Buntaran dalam temuramah di Ramayana Restaurant, Solo, Jawa Tengah, Kamis (26/9/2013).
Fifie memilih mengikuti apa yang disampaikan oleh pakar spiritual tersebut kerana jika dia tidak mengikut pantang larang tersebut dia mungkin akan ditelan ombak.
"Lebih baik mereda, gurunya bilang selesai shooting terserah. Milih sekarang melakukan apa ketelan ombak, gitu kan," katanya sambil ketawa.
Suaminya juga bersetuju kerana faham itu adalah sebahagian dari pembikinan filem tersebut. "Diprotes sih tidak, dia mengerti peran saya kok," ucapnya.
Share:

Monday, 30 September 2013

Punca Kenapa Rozita Che Wan Suka Pakai Ketat-Ketat


Penampilan Rozita Che Wan yang seringkali seksi dan menggiurkan membuatkan dirinya tidak pernah lekang daripada mendapat kutukan dan kritikan peminat di laman sosial.
Pada usia Rozita yang sudah mencecah usia awal 40-an, bentuk badannya tentang langsing dan cantik dipandang. Jadi tidak hairanlah jika ramai jejaka di luar sana termasuk kalangan artis lelaki turut tertarik dan terpikat dengan pelakon jelita itu.

Ekoran terus menerus dihentam masyarakat, kekasih kepada Zain Saidin itu akhirnya tampil membuat penjelasan sebenar mengapa dirinya sangat cenderung untuk memakai baju, gaun dan seluar ketat.

Menurutnya, cara pemakaian tersebut akan membantu dirinya mengesan tanda-tanda awal kegemukan dan seterusnya mengawal cara pemakanannya dari segi kuantiti, dipetik dari mstar online .

"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."
"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh."
Share:

Thursday, 26 September 2013

VIDEO: Pelakon Drama Tayang Lurah Dan Merokok Di Sport Planet, Ampang

Video di bawah menyaksikan beberapa pelakon orang lelaki dan wanita yang baru selesai bermain futsal di Sport Planet, Ampang.
Mungkin sedang berehat-rehat selepas penat bermain. Apa yang menarik, salah seorang wanita di dalam video ini, di dakwa adalah seorang pelakon drama yang popular satu masa dahulu, Spa Q.

Beliau berpakaian agak seksi dengan hanya menyarungkan sehelai singlet biru hingga menampakkan lurah payudaranya yang berpeluh serta menghisap rokok.

Kami sebenarnya kurang pasti siapakan pelakon yang dimaksudkan. Apabila diteliti pada ruangan komen, tiada pula yang memberi nama pelakon tersebut.

Bagaimana pula dengan pembaca? Benarkah beliau seorang pelakon drama tersebut?
Share:

Video Seks Artis Filipina Tersebar


Manila: Skandal seks pasangan selebriti bukan perkara baru dan berlaku di mana saja. Ada kalanya skandal itu membabitkan penyiaran rakaman video menunjukkan pasangan terbabit sedang beraksi.
Terbaru, khabar angin bertiup kencang di internet mengenai rakaman itu membabitkan penyanyi utama kumpulan Parokya Ni Edgar, Chito Miranda dan teman wanitanya yang juga aktres, Neri Naig.

Satu video didakwa menunjukkan mereka tidak berpakaian dan sedang berasmara dimuat naik ke dalam laman web YouTube sebelum ditarik balik.

Bagaimanapun, ada beberapa gambar disiarkan semula oleh media sosial, lapor akhbar The Inquirer.

Minta maaf

Miranda, 37, yang juga penulis lirik, dalam laman web Instagram - chitomirandajr -meminta maaf atas tindakan pihak tertentu membocorkan video peribadi itu.

Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu menunjukkan video peribadi saya dengan teman wanita saya, Neri Naig.

Saya memohon maaf daripada keluarga kami atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini, kata Miranda.

Tidak lama selepas itu, dia mendedahkan lagi: Cakera keras kami dicuri dari rumah termasuk beberapa barangan lain.

Bagaimanapun, dia tidak mengesahkan sama ada pasangan dalam video seks itu benar-benar dirinya dan Naig, 27.

Beberapa tahun lalu, Indonesia turut digemparkan dengan penyiaran video seks penyanyi utama Peter Pan, Ariel dengan dua pelakon wanita terkenal negara itu, Luna Maya dan Cut Tari.
Share:

Saturday, 21 September 2013

Gambar Dan Punca Almy Nadia Hidap Penyakit Kanser Mulut


Menurut sumber, penyakit kanser mulut yang dihidapi bekas kekasih Fizz Fairus itu berpunca daripada tabiatnya yang suka merokok secara tidak terkawal lebih-lebih lagi ketika terlalu tertekan, dipetik dari perihalnegara.
Apapun, jangan panik dan jangan terus terkejut dengan berita tidak diduga ini kerana kesan kanser pada mulut Almy Nadia seperti yang anda boleh lihat dalam gambar-gambar di bawah hanyalah kesan solekan khas ketika sedang menjalani penggambaran untuk drama terbarunya berjudul Zikir Di Bibir, arahan pengarah terkenal, Khir Mohd Noor.



Share:

Facebook