Perbuatan negatif yang dilakukan pada masa lampau pastinya akan terus menghantui kisah hidup seseorang itu.
Sama juga halnya dengan seorang gadis
berusia 21 tahun, Christy Nicole Deweese, yang kini bergelar guru di
sebuah sekolah yang terletak di Texas, Amerika Syarikat.
Kebanyakan ibu bapa pelajar-pelajar di
sekolah itu tidak bersetuju di atas pelantikan Christy kerana mereka
merasakan bekas model itu bukanlah contoh terbaik untuk anak-anak
mereka.
Sebelum ini, ketika di usianya mencecah 18 tahun Christy pernah menjadi model yang beraksi bogel dan ghairah untuk Playboy.
Atas sebab itulah sebilangan besar ibu
bapa mengecam tindakan sekolah tersebut kerana bimbang anak mereka tidak
dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran sebaliknya lebih
tertumpu kepada guru mereka.
Namun, jangan terlalu cepat menghukum
kerana menurut Christy, dia sudah lama menyesal dengan perbuatan
lampaunya dan sedang cuba untuk mengubah gaya hidupnya yang lebih sesuai
dengan profesionnya kini.
0 comments:
Post a Comment