Friday, 11 October 2013
Chris Brown Tak Puas Hati Kerana Dihukum
AKIBAT mencederakan Rihanna pada 2009, penyanyi Chris Brown telah dijatuhkan hukuman denda dengan melakukan aktiviti khidmat masyarakat selama 1,400 jam.
Bagaimanapun, setelah kes itu disebut semula, mahkamah di Los Angeles telah menambah lagi 1,000 jam untuknya menjalani khidmat tersebut.
Dek kerana itu, menyebabkan Brown melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan mahkamah itu. "pihak mahkamah membuat keputusan itu berdasarkan kuasa yang ada pada mereka dan bukannya membuat pertimbangan adil dalam kes itu," katanya kepada Contact Music.
Brown mengakui benci untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat dan menganggap perkara itu menyusahkan hidupnya sebagai selebriti terkenal.
0 comments:
Post a Comment