Seorang wanita dihukum penjara sehingga 30 tahun kerana membakar zakar dan puting dada anak lelakinya dengan pemetik api.
Media semalam melaporkan, seorang remaja
berusia 19 tahun menjadi mangsa penderaan berulang oleh ibunya dan
dipaksa berbohong mengenai kecederaan yang dikesan pada tubuhnya.
Walaupun diseksa ibu sendiri, pemuda terbabit diarah menipu kononnya kecederaan dialami itu akibat perbuatan sendiri.
Dalam keterangan di mahkamah, mangsa dilaporkan menjadi mangsa penderaan tiga individu berlainan, termasuk ibunya sendiri.
Ketika memberi keterangan di Mahkamah
Tinggi Merrimack di Massachusetts, pemuda terbabit berkata, dia diseksa
di rumahnya di Penacook.
Ibu pemuda terbabit, Christine Gelineau, 53, dilihat tersedu-sedan mendengar keterangan itu sambil duduk dengan pakaian penjara.
“Ibu, apa yang anda lakukan ke atas saya tak boleh dimaafkan.
“Anda memukul saya, membiarkan saya kebuluran, hampir memutuskan zakar saya, membuang pakaian saya, melarang saya mandi.
“Anda hampir membunuh saya dengan tiga jenis ubat antikemurungan dan dua pelega otot,” katanya.
Menurut pemuda terbabit, dia percaya
kekejaman itu disengajakan supaya dia mati dan ibunya boleh kembali
kepada kehidupan silamnya.
“Anda tidak akan dapat melihat saya
menamatkan pengajian dan berharap anda sedar bahawa segala yang anda
miliki kini lenyap,” katanya.
Christine mengaku salah atas tuduhan menyerang dan mengancam saksi.
Sebagai balasan, dia dihukum penjara
antara sembilan hingga 30 tahun walaupun kebiasaannya hakim mengenakan
hukuman lebih ringan.
Pendakwa, George Waldron berkata, mangsa
mengalami kerosakan saraf kekal pada zakarnya apabila Christine
membakar organ sulit itu dengan pemetik api di antara 10 hingga 14 April
lalu.
Christine mengaku membakar hujung zakar
anak lelakinya tetapi mendakwa dilakukan selepas remaja terbabit mahu
mengadakan hubungan seks dengannya.
Sebagai balasan, kata Christine, dia
memakai sarung tangan dan mencengkam kemaluan mangsa dan memulasnya
sebelum dibakar beberapa saat walaupun remaja terbabit meraung
kesakitan.
Namun seorang lagi suspek, Daniel
‘Tyler’ Cantrell berkata, Christine membakar zakar remaja terbabit
selepas memaksa mangsa memakan najis manusia.
Walaupun mangsa mengikut arahan itu, Christine tetap membakar kemaluan remaja itu. – Agensi
0 comments:
Post a Comment