Bintang remaja Justin Bieber dilaporkan
telah berseronok di sebuah kelab bogel di Houston, Texas dan telah
meninggalkan tempat tersebut bersama seorang penari di situ.
Menurut laporan contactmusic.com, penari
itu yang dikenali sebagai DiamondsR4Ever menerusi akaun twitternya pada
malam Sabtu lalu mendedahkan dia bermalam dengan penyanyi berusia 19
tahun itu.
“Saya pernah menghiburkan ramai
selebriti sebelum ini dan Justin adalah orang pertama yang bertindak
lebih daripada sepatutnya. Ia mengejutkan.
“Tetapi kini saya adalah peminat setianya,” tulis wanita berkenaan di laman Twitter.
Menurut gadis itu lagi, Justin tidak
datang bersendirian sebaliknya ditemani rakannya yang juga peninju
terkenal, Floyd Mayweather dan memberitahu kedua-dua lelaki itu sangat
bermurah hati.
Justin sebelum ini telah mencetuskan
kontroversi apabila dilaporkan mengunjungi 21 kelab malam beberapa bulan
lalu dan berkelakuan liar.
Bagaimanapun pengurus kelab berkenaan menafikan mereka ada menghidangkan alkohol kepada penyanyi remaja itu. – Malaysian Digest
0 comments:
Post a Comment