Wednesday 16 October 2013

Jambatan Paling Cool Boleh Menyelam Hanya Di Greece (9 Gambar)



Kita sudah biasa melihat jambatan yang bahagian tengahnya boleh dibuka bagi membenarkan kapal lalu dibawahnya. Bulan lalu kami ada tunjukkan jambatan yang berputar di Hull England yang membenarkan laluan kapal. Jambatan ini unik tetapi hari ini kami temui sebuah lagi jambatan unik di Greece. Dua buah jambatan tenggelam timbul boleh ditemui di Corinth dan Isthmina. Ia terletak di hujungTerusan Corinth dan siap dibina pada tahun 1988. Untuk membenarkan laluan kapal jambatan ini akan tenggelam sedalam 8 meter. Kenapa ianya dibina sedemikian rupa? Kerana terusan ini hanya mempunyai 8 meter dalam dan 16 meter lebar. Tanpa struktur pada bahagian atas jambatan, kapal layar dapat melepasi jambatan ini tanpa risau berlakunya perlanggaran pada bahagian atas.




Laporan asal Amusing
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook