Monday, 28 October 2013

Ke$ha Dakwa Diugut Akan Dipenjara Jika Teruskan Konsert Di Malaysia

Kesha

Di laman-laman sosial seperti Twitter dan Facebook heboh mengatakan sebab-sebab pembatalan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ke$ha yang sepatutnya diadakan pada Sabtu lalu.

Menerusi laman Twitternya, Ke$ha menjelaskan bahawa dia tidak membatalkan konsertnya itu sebaliknya mendakwa dirinya akan dipenjarakan sekiranya konsert tersebut tetap dilangsungkan.

“Untuk menjelaskan keadaan, bukan saya yang membatalkan konsert. Saya tidak dibenarkan untuk mengadakan persembahan, dan jika saya tetap meneruskannya, saya telah diugut akan dipenjarakan,” luahnya di Twitter.

Ke$ha dilaporkan sudah pun hadir di Malaysia pada Jumaat lalu namun berasa hampa apabila konsertnya diharamkan 36 jam sebelum ianya dijadualkan bermula.
Konsertnya dilarang diadakan kerana didakwa melanggar sensitiviti dan budaya masyarakat Malaysia.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam penganjur konsert Livescape, Jason Kong mengakui penyanyi itu ada bertanyakan kepada pihak penganjur apa akan terjadi sekiranya konsertnya tetap diteruskan.

“Kami memaklumkan beliau (Ke$ha), kami tidak setuju dengan cadangan itu (untuk meneruskan konsert) kerana pihak berkuasa akan berhentikan persembahan beliau. Saya tidak mengetahui isu diancam dipenjara datang dari mana. Saya tidak rasa pihak kerajaan ada menghubungi beliau. Saya rasa ia datang dari kekecewaan beliau,” ulasnya menerusi Astro Awani.
KESHA

Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook