Monday, 28 October 2013

Remaja Bunuh Diri Kerana Dilarang Guna Facebook

FB

Remaja perempuan berusia 17 tahun di India, Aiswarya Dahiwal nekad mengambil nyawanya sendiri dengan menggantung diri selepas tidak dibenarkan melayari Facebook, baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa, mereka telah menemui sekeping nota yang ditulis gadis tersebut sebelum membunuh diri.

Dahiwal berkata dia telah dilarang untuk menggunakan laman sosial Facebook oleh kedua ibu bapanya lantas mengambil keputusan drastik untuk mengakhiri riwayat hidupnya sendiri.

Selain itu, Dahiwal juga dikatakan tidak tahan dengan kongkongan ibu bapanya yang tidak membenarkannya melayari laman popular itu.

Menerusi Daily Mail UK, menurut kajian, sebanyak 92 peratus remaja di India tidak boleh hidup tanpa Facebook dan mereka juga gemar berhubung melalui laman tersebut daripada berbual di telefon dengan rakan-rakan yang lain.

Itulah padahnya kalau hidup terlalu taksub dan ‘bertuhankan’ Facebook.
Sekali tak dapat ‘online’, terus nyawa melayang.





Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook