Wednesday 16 October 2013

Kiosk Pengecas Peranti Mobil Di Afrika (11 Gambar)



Afrika ialah antara benua dengan jumlah pengguna telefon mudah alih yang tertinggi per kapita. Ini adalah kerana infrastsruktur telekomunikasi selular adalah lebih maju dari telekomunikasi berkabel mereka. Di Rwanda 56% penduduknya mempunyai telefon mudah alih tetapi hanya 16% penduduk mempunyai akses kepada tenaga elektrik. Jadi jika anda kehabisan bateri di Rwanda agak sukar untuk mengecas peranti anda.  Setelah berdekad berperang negara Afrika ini masih belum mampu menyediakan kemudahan paling asas kepada rakyatnya tidak seperti Barisan Nasional (lulz). 

Henri Nyakarundi seorang warga Rwanda yang sudah lama menetap di Atlanta USA cuba menyelesaikan masalah ini. Beliau pulang ke negara asas dan memcipta kiosk pengecas telefon mudah alih di bawah. Setiap kiosk mampu mengecas 16 telefon mudah alih pada waktu yang sama dan hanya menggunakan tenaga solar. Henri Nyakarundi  berharap kiosk ini boleh diberikan kepada usahawan Rwanda dan dijadikan punca mata pencarian. 

Bagus encik Henry. Walaupun sudah lama berhijrah tidak lupa negara tanah tumpah darahnya dan mencuba untuk menaikkan taraf hidup rakyat Rwanda. Inilah yang kita mahu! 



Laporan asal Showtime
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook