Di kawasan pedalaman Sabah, heboh dengan kisah misteri mengenai hantu penanggal atau juga dikenali sebagai balan-balan.
Hantu jenis ini dikatakan suka memakan uri ibu yang baru bersalin.
Benarkah hantu penanggal ini wujud?
Apa
itu penanggal? Adakah ia sejenis hantu ataupun setan? Menurut kata
orang-orang Sabah terutamanya dari Kota Belud, penanggal ini merupakan
individu yang mengamalkan ilmu hitam. Di Sabah, Penanggal di panggil B Kuasa Dua.. Sebab kenapa? Sebab menggunakan perkataan BALAN BALAN akan mendorong ia datang!
Kisahnya begini >>>
Kisah
ini terjadi pada 8 bulan lepas, Menurut saudara saya, padam malam
tersebut rakannya baru balik dari satu majlis kesyukuran yang dibuat
oleh ibu mertuanya.. Dia yang bersama isteri dan anak lelakinya pada
waktu itu menggunakan satu jalan yang agak suram dan gelap.. Seperti
pada malam-malam yang biasa, tidak ada sebarang peritiwa aneh yang
berlaku sepanjang mereka menggunakan jalan tersebut.
Namun
pada malam yang berikutnya.. Satu peristiwa yang agak seram dan
menakutkan terjadi kepada 3 beranak ini.. Semasa mereka melintasi satu
kedai dikampung tersebut, anak mereka terlihat satu bentuk seakan-akan
penanggal berlegar-legar disekeliling tiang lampu yang tidak jauh dari
mereka. Penanggal tersebut seperti tidak mengendahkan kehadiran mereka,
sehinggalah anak lelaki mereka itu menegur benda tersebut dengan
bertanyakan kepada ibunya apakah benda yang terbang berdekatan dengan
tiang lampu itu?!
Seperti
didengari oleh penanggal tersebut, terus ia mengekori mereka dari
belakang sehingga menyebabkan anak mereka menangis ketakutan... ibunya
yang dari tadi menyangka penganggal yang terbang mengekori mereka itu
adalah seekor burung, turut menangis dan mengarahkan suaminya memandu
kereta dengan laju!
Walaupun
setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka
dari belakang.. untuk menenangkan keluarganya, rakannya telah membaca
beberapa patah ayat suci Al-Quran serta ayat kursi sebagai pendinding..
Penanggal tersebut bertambah ganas! ia menghentak-hentakkan kepalanya ke
arah tingkap kereta yang dipandunya seakan-akan ingin mengacahnya!
Penanggal
itu seperti tidak takut dengan ayat-ayat di bacanya..semakin dibaca..
semakin bertambah agresif penanggal itu! Penanggal itu terbang
beriringan dengan keretanya dan memerhati mereka dari tepi tingkap..
oleh kerana takut sangat..rakannya tidak berani menoleh untuk melihat
wajah penanggal tersebut!
Nasib
mereka agak baik.. tidak lama selepas itu, terdapat satu kereta yang
dipandu bertentangan telah membunyikan hon seperti ingin memberitahu dia
juga terlihat penanggal tersebut.. Oleh sebab lampu terang dan bunyi
hon itu, penanggal tersebut berubah arah dan mengejar pula kereta yang
telah membunyikan hon itu!
Menurut
saudara saya, selepas peristiwa itu... Rakannya telah mengambil cuti
selama 2 minggu untuk memulihkan kembali semangat nya!
Ishhhh isshhh ishhhh..... Kata orang-orang tua.. kalau nampak benda yang pelik.. jangan ditegur.. Hehehe
0 comments:
Post a Comment