Mumbai – Seorang gadis remaja berusia 18 tahun kini berada dalam
keadaan kritikal selepas bekas teman lelakinya memaksa gadis itu minum
asid sebelum dia ditolak ke dalam laut, hanya kerana gadis itu enggan
mengahwini lelaki berkenaan.
Gadis itu kini dirawat di Hospital Thunga sementara bekas teman lelakinya itu, Jitendra Sakhpal, 21, telah ditahan oleh polis.
Kejadian berlaku pada Sabtu lalu ketika Sakhpal berpura-pura mengajak gadis itu keluar dengan menaiki bot ke laut.
Selepas gagal memujuk bekas kekasihnya untuk berkahwin, dia telah bertindak kejam ke atas gadis itu.
Menurut polis, dia telah memegang mulut gadis itu dan menuang asid ke
dalam mulutnya, menyebabkan asid itu turut tumpah ke bahagian muka
gadis berkenaan.
Doktor kini
sedang menilai berapa banyak organ dalaman gadis tersebut yang terjejas akibat asid berkenaan.
Doktor kini
sedang menilai berapa banyak organ dalaman gadis tersebut yang terjejas akibat asid berkenaan.
Gadis itu menolak lamaran Sakhpal kerana dia tidak bekerja.
Malah sebelum ini bapa gadis tersebut yang bekerja dengan kerajaan
tempatan telah membuat aduan polis, mendakwa Sakhpal sering menganggu
anaknya.
Sakhpal juga didakwa memukul gadis itu di hadapan khalayak ramai dan pernah mengugut untuk membunuh gadis itu dan bapanya.
Susulan itu, polis telah memanggil gadis berkenaan dan Sakhpal ke balai polis dan kedua-duanya telah membuat perjanjian bertulis bahawa mereka tidak akan bertemu lagi.
Malangnya, perjanjian tersebut gagal menyekat Sakhpal daripada bertindak kejam ke atas gadis tersebut.
0 comments:
Post a Comment