Tuesday 22 October 2013

Rokok Elektronik Paling Mahal Di Dunia

Rokok Elektronik

Rusia – RM2,8 juta. Itu harga yang dibayar oleh seorang jutawan Rusia yang sanggup mengupah sebuah syarikat menghasilkan rokok elektronik (e-cigarette) bertahtakan emas dan permata.

E-cigarette yang paling mahal di dunia itu dihasilkan melalui tempahan khas oleh seorang taikun minyak di Rusia sebagai hadiah untuk diberikan kepada teman wanitanya.
Ini kerana wanita tersebut mahu berhenti daripada menghisap rokok.

Menurut sumber, e-cigarette itu mengambil masa selama enam bulan untuk dihasilkan dan dihiasi dengan 246 karat berlian Kristal dan enam karat berlian berbentuk bujur.

Batang e-cigarette itu dihasilkan daripada emas dan e-cigarette itu mempunyai nama tersendiri iaitu ‘Shisha Sticks Sofia’.

Setakat ini nama taikun berkenaan masih dirahsikan.
Dalam pada itu, pengilang terbabit, Anthony Mixides berkata, tempahan berkenaan merupakan satu mimpi kepada mereka.

“Kami diminta menghasilkan rekaan ini bercirikan gaya, kelas dan kemewahan.

“Kami dimaklumkan bahawa wang bukan halangan dan selepas rekaan itu diluluskan, barulah kami mula mendapatkan emas dan permata yang terbaik di dunia,’’ katanya.
Jelasnya, ia merupakan e-cigarette yang terbaik di dunia, yang pernah dihasilkan oleh syarikat tersebut
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook