Sunday, 24 November 2013

Ella Kini Hamil? Atau Khabar Angin


Ratu rock negara, Ella berkata khabar angin yang mengatakan dirinya hamil adalah tidak benar kerana dia bukannya hamil tetapi sakit apendiks dan telah pun menjalani pembedahan membuang apendiks tiga bulan lalu.

"Saya ada terdengar khabar angin yang saya hamil, tetapi sebenarnya tidak," ujarnya kepada Harian Metro.

Menurut Ella atau nama sebenarnya Norzila binti Haji Aminudin, 46 , dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor selepas sering rasa sakit di bahagian perut selepas makan.

"Doktor sarankan saya supaya menjalani pembedahan untuk membuang apendiks kerana dikhuatiri pecah sekirannya mengandung."

Pada masa sama, Ella berkata, dia dan suaminya Azhar Ghazali berserah kepada Allah S.W.T untuk menimang cahaya mata.

Dalam perkembagan lain, Ella bakal muncul dengan album terbarunya yang dijangka akan diriliskan pada tahun hadapan.

"Album baru masih dalam proses pembikininan dan saya juga akan mengadakan konsert jelajah selepas dilancarkan nanti."
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook