Sunday, 12 January 2014

Bapa Ayam Saman Syarikat Nike RM320 juta


Portland: Seorang bapa ayam memfailkan saman AS$100 juta (RM320 juta) ke atas syarikat pengeluar kasut Nike kerana gagal memberi amaran bahawa produk mereka - Air Jordan - tidak sesuai untuk untuk membelasah seorang lelaki.
Sirgiorgiro Clardy, 26, mendakwa Nike turut bertanggungjawab terhadap hukuman penjara 100 tahun yang dihadapinya kerana membelasah seorang lelaki. 
Akhbar semalam melaporkan bapa ayam dari Portland itu memakai kasut Air Jordan ketika memijak muka lelaki yang cuba meninggalkan hotel tanpa membayar upah atas khidmat melanggan pelacur seliaannya. 

Clardy didapati bersalah melakukan serangan tahap kedua oleh juri pada awal tahun lalu.

Mangsa menerima beberapa jahitan dan terpaksa menjalani pembedahan plastik. Clardy juga didapati bersalah kerana merompak lelaki terbabit, selain turut membelasah wanita yang dipaksa menjadi pelacur hingga telinga wanita itu berdarah.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook