Sunday, 12 January 2014

Kiosk Dalam Pasar Raya Selamba Jual Produk Babi Di Laluan Utama


Sebuah kiosk dalam sebuah pasar raya terkemuka di Jelutong, Pulau Pinang dilaporkan selamba menjual produk daging babi di laluan utamanya.

Perkara ini dianggap satu tindakan tidak sensitif oleh pasar raya berkenaan yang turut mempunyai ramai pelanggan beragama Islam.

Apatah lagi dalam suasana pasar raya yang berhawa dingin, sudah pasti aroma makanan tersebut terpaksa dihidu oleh pengunjung pasar raya lain tanpa mengira agama.

Sepatutnya, jualan babi atau produk melibatkannya mempunyai stesen sendiri dan tidak dilakukan secara terbuka sebagaimana amalan kebanyakan premis perniagaan lain di negara ini.

Penyebaran gambar kiosk ini boleh dianggap satu bukti ada antara pengunjung berasa terganggu dengan perlakuan tidak sensitif ini.

Justeru, pasar raya terbabit harus menyelesaikannya dengan segera. 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More