SIBU – Seorang nenek berumur 58 tahun membuat laporan polis kerana seorang pondan yang menyewa bilik sewanya di Jalan Punai di sini tidak membayar sewa bilik selama dua bulan.
Penyewa berumur dalam lingkungan 20-an berkenaan dikatakan membuat pengadu geram kerana sering mengganggu ketenteraman penyewa lain di situ.
Menurut pengadu, dia sering menerima aduan daripada penyewa lain kerana penyewa tersebut selalu membuat bising dengan memasang lagu dengan kuat pada waktu malam.
Katanya, walaupun pondan tersebut telah dihalau keluar dari bilik sewanya, namun dia tetap berkeras enggan meninggalkan rumah tersebut.
Malah, pondan tersebut juga mengugut pengadu agar tidak membebel dan memberi amaran bahawa dia akan memukulnya jika dia mengarahnya keluar dari situ.
Pondan tersebut juga mempunyai seorang teman lelaki yang tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.
Bimbang kerana berasa terancam pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini,pagi semalam. – Borneo Post
(*Gambar Hiasan)
0 comments:
Post a Comment