Tabiat
melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah
menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks
bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.
Tanpa
rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada
tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas
daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif. Pelajar
berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara
sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui
teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum
dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.
Ketua
Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata
apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks
dengannya.
Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.
Kamaruddin
berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi
berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya
sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya
tanpa pengetahuan keluarga.
Marah dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.
Kamaruddin berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol dan berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.
0 comments:
Post a Comment