Wednesday 22 January 2014

Suami Jahanam Kerat Hidung Dan Bibir Isterinya


HERAT (AFHANISTAN): Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah. Setara, 30, ibu kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya. Beliau juga dibelasah dengan teruk sebelum dikerat hidung dan bibir.

"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.

Ibu mangsa, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.



Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook