SALAH seorang
juri tetap MLM 2013, Sheikh Haikel juga artis dari Singapura mengakui
terpaksa mengupah seorang pengawal beribadi selepas menerima ugutan
bunuh angkara komennya yang tidak disenangi sesetengah peminat fanatik
MLM 2013.
Jelas
selebriti berusia 38 tahun ini, ekoran kritikan yang membina yang
diberikan olehnya kepada para peserta di gelanggang MLM 2013, dia
menerima ancaman bunuh menerusi laman media sosial dan semakin
berhati-hati jika mahu bergerak kemana-mana mahupun berhadapan dengan
peminat fanatik MLM menurut astrogempak.
“Baru-baru
ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh daripada peminat
fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan tersebut turut
meilbatkan anak-anak saya. Peminat tersebut mengancam mahu langgar
anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia. Saya amat
terkejut juga dengan ancaman tersebut.
“Saya
pun tidak berapa pasti komen yang mana saya berikan kepada peserta MLM
sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai salah seorang peminat
fanatik. Secara jujurnya komen yang saya beri berdasarkan apa yang saya
lihat dan bukan pedas atau hentam semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.
Akibat
daripada ancaman tersebut, Sheikh Haikel telah mengupah seorang
pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri, keluarga dan dua
anaknya.
“Saya
telah mengupah seorang pengawal peribadi ketika berada di Malaysia
semasa menjadi juri MLM malah di Singapura juga saya buat perkara
demikian bagi menjaga keselamatan keluarga,” ujar Sheikh Haikel pendek.
0 comments:
Post a Comment