Monday 3 February 2014

Wanita Rogol 10 lelaki, ikat penis mangsa semasa terangsang



Seorang wanita muda ditangkap oleh polis Rusia kerana didakwa merogol 10 lelaki setelah terlebih dahulu memancing mereka dengan kecantikannya.Wanita itu yang dikenali Valeria K,32, itu juga digelar Black Widow kerana hobinya yang gemar mengumpul labah-labah beracun.
Menurut laman Life.ru, polis mula curiga apabila jumlah pesakit lelaki dengan aduan yang spesifik meningkat di hospital. Aduan tersebut adalah berkaitan dengan keracunan klonidin dan trauma pada penis. Tidak banyak yang diingat oleh lelaki yang menjadi mangsa, kecuali mereka diajak oleh wanita cantik berambut merah minum di sebuah apartmen. Menurut mangsa, wanita itu sangat mesra dan ramah.

Pihak polis yang menjalankan siasatan akhirnya berjaya menahan Valeria dan wanita itu mengakui perbuatannya. Dalam pengakuannya, Valeria memberitahu bahawa dia memujuk lelaki-lelaki yang berfikiran kotor itu ke apartmennya. Di sana, mereka menikmati minuman dan tentu sahaja lelaki-lelaki itu berahi untuk melakukan hubungan seks.

Namun, minuman yang dihidangkan kepada lelaki-lelaki itu bukanlah minuman semata-mata. Valeria mengaku mencampur klonidin ke dalam minuman itu bagi mengkhayal dan membuatkan kesemua mangsa pengsan selama 24 jam. Namun, yang mengerikan dan menggerunkan apabila Valeria mengikat pangkal penis mangsa yang sudah terangsang dengan tali. Tujuan dia berbuat demikian agar penis itu tegak terangsang selama berjam-jam. Selepas itu, Valeria mula merogol mangsa sepuas-puasnya.

Setelah selesai meratah mangsanya, Valeria akan mencampak mangsa di sebuah kawasan sepi dan sebaik sahaja tersedar mangsa tidak dapat mengingati apa-apa. Perkara terakhir yang dapat diingati oleh mereka ialah bertemu dengan seorang perempuan cantik. -DCM
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook