Wednesday 9 October 2013

Datuk Siti Nurhaliza Nafi Dirinya Hamil

Mungkin kerana para peminat yang tidak sabar untuk melihat pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K menimang cahayamata, ada khabar angin bertebaran semalam mengatakan penyanyi itu kini sedang hamil — siap dengan gambar lagi katanya.
Sekeping gambar telah tersebar di Facebook dikatakan menampakkan seolah olah penyanyi itu sedang berbadan dua dan bercakap kepada Harian Metro, Siti Nurhaliza nyata terkejut dengan kisah tersebut dan menafikan yang dirinya kini sedang hamil.

“Siti pun tidak tahu dari mana mereka mendapat cerita ini, tetapi ada kemungkinan daripada tweet seorang peminat menerusi Twitter yang bertanyakan soalan mengenai anak. Terus terang, Siti belum ada rezeki lagi, tetapi minta mintalah semua doakan agar ia menjadi kenyataan.

“Mungkin juga mereka tak sabar untuk tengok ‘baby’ Siti, tetapi Siti sendiri lagilah tidak sabar”

Apabila ditunjukkan gambar yang menjadi perhatian para peminatnya di Facebook, Siti Nurhaliza hanya tertawa kecil dan menjelaskan yang ianya satu gambar lama.

“Itu gambar tiga empat tahun lepas, masa Siti tengah menari dan jaket (yang dipakai) tertarik ke bawah hingga menampakkan perut seperti kembung,” tambahnya lagi.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook