Tuesday, 22 October 2013

Magic Restroom Cafe Bertemakan Tandas Yang Pertama Ada Di AS

Kafe

LOS ANGELES – Seorang pengusaha restoran dari China menarik perhatian ramai apabila dia membuka sebuah kafe bertema tandas yang pertama di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Daily News.

Restoran Magic Restroom Cafe milik YoYo Li yang terletak di selatan California di sini dibuka sejak 11 Oktober lalu.

Stesen televisyen tempatan, KTLA 5 melaporkan bahawa kafe berkenaan dilengkapi kerusi menyerupai mangkuk tandas.

Makanan di premis berkenaan pula dihidang dalam mangkuk tandas mini.
Kafe tersebut turut dihiasi tempat buang air kecil dan tandas di sepanjang dinding serta dekorasi kelengkapan mandian.

Kafe1

YoYo Li mengambil keputusan membuka kafe itu di AS selepas menyedari konsep restoran tersebut amat popular di China dan Taiwan.

Kafe Magic Restroom menghidangkan menu-menu dari Taiwan termasuk nasi kari ‘magic’ dan mi sup daging lembu. – Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

Facebook