Apabila kita memandu di atas lebuhraya,
kami yakin anda sering terserampak dengan treler membawa kereta. Kereta
baru dibawa dari kilang ke pusat jualan mereka di serata Malaysia. Di Amerika Syarikat
kerana jarak kilang ke pusat jualan yang jauh, mereka menggunakan
keretapi sebagai mod pengangkutan utama. Sekitar tahun 1970an, syarikat Chevrolet bekerjasama dengan syarikat keretapi Southern Pacific untuk menghasilkan sistem kargo Vert-A-Pac.
Kereta Chevy Vega diangkut secara menegak di dalam gerabak khas bagi
menggunakan ruang secara maksimum.




0 comments:
Post a Comment