London: Seorang pelajar nyaris buta gara-gara mahu menukar warna
matanya melalui pembedahan plastik di Panama yang menelan belanja £8,000
(RM43,064).
Shenise Farrell memutuskan untuk menukar warna matanya pada 2009 dan
tanpa menghiraukan pujukan keluarganya, pergi ke Panama untuk memasukkan
implan seperti kanta lekap.
“Saya degil mahu menukar warna mata sehingga tidak langsung mengendahkan bahaya,” katanya dalam rancangan Botched Up Bodies.
Ketika tiba di klinik berkenaan, dia dimaklumkan tiada lagi warna
kanta dikehendakinya sebaliknya yang ada cuma warna biru lalu bersetuju
menggunakan warna itu.
Namun selepas prosedur 20 minit itu dia mendapati tidak dapat melihat. Katanya, doktor yang melakukan pembedahan mendakwa kesan itu biasa dan memerlukan beberapa minggu untuk penglihatannya kembali normal.
Bagaimanapun, selepas tiba di London, Shenise mendapati penglihatannya semakin kabur sehingga terpaksa melakukan pembedahan membuang implan itu. - Agensi
0 comments:
Post a Comment